Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 7 August 2011

CABARAN UMAT ISLAM DI BELANDA-PUASA TANPA ADZAN MAGHRIB

Belanda adalah sebuah negara yang tidak prihatin dan bertolak ansur dengan penganut islam,buktinya umat islam sembahyang dengan tiada laungan adzan,kerana menyedari islam adalah kaum minoriti di Belanda maka tiada tuntutan yang di buat khususnya dalam penyediaan tempat ibadat bagi orang islam.Namun begitu umat islam di
Belanda dengan segala rela hati menunaikan ibadat berpuasa walaupun tanpa adzan penanda bagi waktu berbuka.
Satu hal yang tak dapat di elakkan ialah,ditengah-tengah menjalani ibadat puasa ialah adanya kafe dimerata-rata tempat dan muda-mudi bermesraan di tempat umum.Disepanjang Ramadhan umat islam hidup secara bertolenrasi,berlemah-lembut tanpa membezakan warna kulit.Umat islam di Belanda ialah seramai 1,219,753 orang,masing-masing menetap di Amsterdan,Rotterdan,Haque dan Utrech.Sebahagian adalah imigran dari Turki dan Maroco.

Berpuasa di Belanda adalah sangat berbeza kerana adanya empat musim iaitu,musim panas,musim gugur,musim semi dan musim dingin.Amatlah perit bagi mereka ini kerana terpaksa menghadapi waktu siang yang panjang yakni pada musim panas dan sebaliknya pada musim dingin waktu malam menjadi panjang,oleh sebab itu berpuasa di musim panas,musim dingin,musim semi dan musim gugur wakktu berbuka dan waktu imsak berbez-beza,tapi syukur alhamdulllah kerana mendapat maklumat dari laman-laman web pertubuhan islam.

Berpuasa di Belanda tahun ini jatuh pada musim panas,jadi terpaksalah berpuasa selama 17 jam(03.30 hingga 21.15).Umat islam adalah penduduk minoriti di Belanda maka terpulang pada individu masing-masing,tiada tindakan yang diambil,terpulanglah.Seorang warganegara indonesia,Taufik Al-Makmun telah membuat penyelidikan,yang membezakan puasa di Belanda adalah suasana,kalau di Indonesia adanya adzan yang menandakan masuknya waktu berbuka tapi tidak disini.

Bagi mereka yang uzur dan tak mampu untuk berpuasa,mereka tak melakukan qada puasa mereka pada musim panas kerana waktu siangnya yang terlalu panjang,mereka akan mencari waktu siang yang pendek,misalnya pada musim dingin.Bersyukurlah kita berada dinegara Malaysia yang tercinta kerana tiada apa-apa masalah mengenai pertukaran musim,hanya perasaan tak sanggup atau taknak melakukan sahaja...

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...