Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 25 August 2011

ISLAM HANYA PADA TIGA KEADAAN....

Bila bercakap pasal islam semua orang mengaku islam,tapi sejauh manakah pengertian dan penghayatannya terhadap islam,apakah cukup melalui  pengucapan pada mulut sahaja.Bila kita tengok suasana orang islam hari ini  amat membimbangkan kita kerana bila cakap pasal dadah,gejala sosial,perlakuan zina dan sebagainya
tentunya orang islam lah yang paling ramai,maka dapatlah kita membuat kesimpulan mereka ini islam pada nama sahaja.Ramai anak-anak orang islam tak tahu mengucap dua kalimah syahadah,tak sembahyang dan amalan-amalan lain yang wajib dan fardu.

Bagaimana agaknya dimasa akan datang,tentunya akan bertambah parah...atau mungkin masa itu orang dah tak ambil tahu pasal agama,soal halal-haram.Kita dapat lihat pada hari ini betapa rendahnya nilai agama bagi segolongan ibubapa,mereka lebih mementingkan soal kesenangan duniawi,mereka mendidik anak-anak supaya berjaya di dalam bidang pelajaran semata-mata dan memastikan bila besar nanti jadi orang berjawatan tinngi,semestinya bergaji lumayan dan akhirnya mendapat sanjungan.Amat malang ibubapa hari ini,mereka sudah jauh terpesong.

Jangan jadi seperti  pokok yang rendang menghijau tapi tak berbuah tapi hakikatnya tetap dipanggil pokok,apa guna menjadi orang  islam tapi tak mengamalkan segala ajarannya,tak tahu pasal rukun islam atau
rukum iman dan yang menyedihkan kalau ada amalan atau ibadat yang dilakukan kerana atas dasar mengikut apa yang orang lain buat tanpa belajar.Buat apa nak belajar kan aku dah islam,mak bapak aku juga islam.

Kita boleh lihat islam ini pada tiga keadaan,keadaan yang pertama bilamana menyambut kelahiran bayi maka sibuklah mereka mencari para alim dan ulamak,sebab nak melakukan upacara cukur jambul..kena cara ulamak  yang bagus-bagus supaya anak menjadi baik.Macamana anak nak menjadi baik kalau dari kecil kita biarkan anak-anak kita tanpa didikan agama,kita melebihkan ilmu duniawi,kalau lemah anak dalam pelajaran
maka dicarinya guru-guru tuisyen yang bagus-bagus,walau apa keadaan sekali pun kita sanggup menghantar anak kita kekelas tuisyen,hujan,panas,ribut atau petir rela diredah...tapi bagaimana kalau anak tak sembahyang  ada kita nak pukul,bagaimana kalau hujan ada ke kita meredah untuk kemasjid..dan semestinya tidak.

Setelah anak meningkat remaja maka sekali lagi mereka kalut,kalut mencari orang-orang alim atau Tuan imam sebab anak kita nak kahwin,kalau sebelum ini kita menjauhi diri dari Masjid,sembahyang pun kadang-kadang,begitu juga dengan ibadat lain,tapi kerana anak kita sanggup tebalkan muka,maka rajinlan kita ke Masjid sebab nak tunjuk muka,tapi bila sudah selesai apa yang kita inginkan bayang pun tak nampak,bukan nak mengata tapi hakikat.Maka hiduplah mereka dengan keadaan yang seperti biasa,tak kisah pasal hal-hal agama,hidup dalam kegelapan dan kesesatan.

Masa berlalu dengan begitu pantas,usia semakin bertambah sedangkan umur semakin pendek,muda menjadi tua,sihat lawannya sakit dan hidup lawannya mati,tapi mati bukan diukur pada umur atau keadaan sampai masa yang dijanjikan datang lah ia.Maka sekali lagi la kita atau mereka-mereka menjadi kalut,lalu diarahkan orang menjemput orang untuk mengurus dan sembahyang jenazah...apakah ertinya semua ini,mengapa kita jadi begini, mengapa kita mengkelaskan manusia menjadi dua bahagian,satu puak sibuk dengan soal-soal duniawi dan satu pihak lagi soal-soal agama bila nak guna kerah sahaja.Begitulah keadaan umat islam hari ini,nampaknya orang yang arif dalam soal-soal agama ini dipergunakan oleh segolongan puak-puak yang satu lagi.

Penafian:Gambar sekadar hiasan tak ada kena mengena dengan artikel

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...