Demam UPSR kembali lagi,lepas raya puasa nanti peperiksaan akan berjalan lancar insyallah.Sekarang pak guru dan ibu guru begitu sibuk sekalih nih,berbagai-bagai program diadakan,tak cukup siang hari ditambah malam hari
pulak,kadang-kadang naik gila ibu-bapa dibuatnya,bila masa nak buat kerja asyik-asyik kena hantar anak dan jemput pula bila tiba masanya,macam driver.Apa pelajaran akademik ni penting sangat ke,sampai tak ada masa anak-anak nak belajar al-qur'an pun tak sempat.Pagi pergi sekolah pagi-pagi lagi,sebab kelas bermula 7.45 pagi rasanya,bagi yang darjah tiga waktu balik kalau hari ahad 4.45 petang,kalau hari biasa(isnin,selasa)4.15 petang.Kelmarin anak aku diberi surat oleh pengetua,hari rabu ada kelas serambi pulak bermula 12.45-1.45.
Kerja sekolah berlambak-lambak tak sempat murid-murid nak rehat.Kalau nak dibandingkan kita belajar agama atau sembahyang dalam sehari berapa jam agaknya kalau nak dibandingkan dengan anak-anak kita belajar di sekolah.Penekanan demi penekanan yang dibuat untuk memastikan anak-anak didik berjaya mendapat kelulusan yang baik dan sekali gus sekolah dan guru besar melonjak namanya,kesian guru-guru kecil terpaksa mengorbankan masa untuk bersama anak-anak,dengan suami atau isteri.
Berbalik pada topik kita yang nak dibincangkan tentang cara menjawab soalan mathematik bagi tahun 6.
Baca soalan dibawah dan beri jawapannya:
Abu di suruh oleh ibunya ke kedai untuk membeli setong gas memasak 14kg.Abu menyerahkan sekeping wang kertas rm50,pekedai itu memberi baki wang tersebut sebanyak rm20.Berapakah harga bagi setong gas 14kg tersebut dan jawapannya ialah rm30...well done...betul...adik memang bijak.
Entah mengapa agaknya pekedai tersebut menjual gas dengan harga itu,gas naik harga lagi ke,atau saja suka-suka hati nak jual mahal....entah korang fikirlah sendiri.Aku dok citer panjang lebar kat atas tu yang sebenarnya nak beritahu tentang harga gas dah naik lagi,atau sengaja dinaikkan oleh pekedai...
No comments:
Post a Comment