Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 28 August 2011

PELAJAR DI NODAI SELEPAS DEBERI PIL KHAYAL


KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya,
kelmarin
GAMBAR SEKADAR HIASAN
.
Menurut sumber, mangsa hanya memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan bimbang dimarahi ibunya.

“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku 16 Ogos itu ketika dia mengikut rakan lelakinya yang berusia 15 tahun pulang ke rumah ketika ketiadaan kedua ibu bapanya.

“Rakan lelaki mangsa menyuruhnya menelan sebiji pil disyaki pil khayal dan mangsa hanya menurut sebelum berasa pening dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, apabila tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala rakan lelakinya sudah tiada.

Mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang lain, namun, akibat tekanan perasaan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolahnya.


Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk memaklumkan perkara itu dan menasihatkan ibu mangsa melaporkan kepada polis.

Ibu mangsa yang terkejut membawa anaknya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan dan berkata siasatan sedang dijalankan.

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...