Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 28 February 2011

CABUL SEBELUM ROTAN


KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

DAPHNE IKING-SAYA SUDAH LAMA BERMINAT DGN ISLAM


KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdedah kepada agama ini dan kerana keindahannya, saya tertarik untuk menjadi seorang Muslimah,” kata pelakon dan personaliti terkenal, Daphne Eleanor Iking.
Sebelum ini, gosip mengenai bintang filem Belukar berusia 32 tahun itu memeluk Islam menjadi tajuk hangat di laman web hiburan tempatan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Daphne menjelaskan kepada media, dia memeluk Islam awal bulan lalu selepas mempelajari selok- belok agama itu, Disember lalu.

Saturday, 26 February 2011

PENAMAAN CALON DUN MERLIMAU DAN KERDAU


Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka dan dun Kerdau, Pahang.

11.45 am: MERLIMAU - Yuhaizad dalam sidang media selepas selesai pengumuman oleh SPR berkata, beliau bersedia untuk berkhidmat untuk rakyat dan yakin dapat memenangi Dun berkenaan.

"Saya tak janjikan apa-apa sebab saya bukan kerajaan tapi saya bersedia untuk menyumbang dan bagi PAS, rakyat sentiasa di hati kami," katanya.


RAMAI NYA ORANG PAS MASUK UMNO



PASIR PUTEH 26 Feb — Sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin Pas menyertai UMNO Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.
Ketua UMNO bahagian itu, Zawawi Othman berkata, mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising.

NINA MONTOK


Beratur panjang dalam kebun getah
SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.


Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu

GUA DI DASAR LAUT

Ordynskaya cave atau gua Ordynskaya terletak di negara Russia.Letaknya berdekatan dengan kampong Orda didaerah Perm.Bagi penyelam profesional mereka amat gemar memasukinya,malah menjadi tempat untuk menghayati keajaibanya.Pelik tapi benar,ia menjadi pelik  kerana ia terletak didasar laut,tapi bagi Allah ianya tidak mustahil kena ia Maha Berkuasa.

Friday, 25 February 2011

KRISIS DI LIBYA-APA KESAN NYA

Krisis di Libya,apa kesan nya terhadap kita.Kesan ketara yang kita lihat kenaikkan harga minyak mentah dunia yang kini telah menjangkau USD100 se-tong.Menurut sumber berita dari Associated Press(AP),pada petang rabu waktu tempatan atau pagi khamis waktu dunia(WIB),harga minyak mentah naik lebih dari empat persen menjadi USD100 se-tong.Di bursa London harga minyak mentah melonjak sehingga USD111,25 se-tong.

BUANG BAYI LAGI....



Siswi tunggang motor 300km



PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit. 

BAYI NYARIS DIJUAL


BUKIT MERTAJAM: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang apabila ditemui dalam jagaan pasangan yang bukan ibu bapa kandung dan tidak mempunyai identiti diri sejak dilahirkan.
Bayi comel itu ditemui dalam serbuan dijalankan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT) di sebuah rumah di Alma, Bukit Mertajam pada 24 Januari lalu.
Dalam serbuan itu, polis menemui bayi perempuan berusia dua bulan bersama pasangan Cina warga tempatan berusia 50-an yang dipercayai tiada pertalian darah dengan bayi terbabit.

Polis menahan pasangan terbabit selepas mengesyaki bayi berkenaan bukan milik mereka kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri bayi berkenaan ketika diminta berbuat demikian selain gagal menjawab dengan tepat bagaimana boleh berada di rumah mereka.

Thursday, 24 February 2011

MATI KETIKA SOLAT



RAWANG: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, di sini, rebah ketika mengimamkan solat Zuhur di surau kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari dan sejurus Syed Abdul Rahman Wan Ahmad, 17, rebah, dia dibantu rakan-rakannya mendapat rawatan di klinik kem berkenaan.
Remaja itu yang berasal dari Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, diberi bantuan pernafasan (CPR), namun keadaannya yang kritikal menyebabkan pihak kem menghantarnya ke Hospital Selayang sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Wednesday, 23 February 2011

MANUSIA TINGGAL DALAM AIR

Ini kisah di Jepun,manusia tinggal dalam kolam yang berisi air bukan kolam kosong macam perigi buta.Sila lihat gambar kat bawah kalau tak percaya menakjubkan..kelihatan beberapa orang berada didalam air sambil diperhatikan oleh seorang lelaki.

GRO SEWA SUAMI RM1.000 SEBULAN


KUALA LUMPUR: Segelintir warga emas tempatan kini sanggup merancang perkahwinan palsu atau menjadi suami sewa semata-mata untuk mendapatkan ganjaran wang bulanan yang dikutip daripada isteri warga asing.
Kebanyakan lelaki yang diistilahkan sebagai suami boneka ini, berpura-pura berkahwin dan mendaftar perkahwinan terbabit dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan isteri warga asing terutama dari China tinggal lebih lama di negara ini untuk menjalankan kegiatan sebagai pelacur atau pelayan pelanggan (GRO) sepenuh masa.

Tuesday, 22 February 2011

HIDAYAH ITU MILIK ALLAH

Hidayah itu maknanya secara ringkas ialah  petunjuk,petunjuk yang datang dari Allah dengan kehendaknya keatas orang-orang yang dikehendaki,kerana ianya milik Allah, kita hanya mampu meminta dan berdoa.
Firman Allah dalam surah Taha ayat 123 yang bermaksud:
"barang siapa mengikut hidayahku,maka dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka"

PERAGUT TERBUNUH



AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.


Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Monday, 21 February 2011

BAGAIMANA NAK KURUSKAN BADAN,CARA MUDAH DAN BERKESAN

Satu masalah yang penting bila negara bertambah maju,masalah obesiti,apa ke jadahnya...boleh makan ke benda ni? jawapannya memang boleh tapi bukan obesiti, tapi kerana makan lah terjadinya obesiti...obesiti ni adalah masalah kegemukan akibat selera makan yang melampau,makan pula benda yang berkolesterol tinggi dan inilah yang  terjadi  akhirnya.Masalah berlebihan berat badan dan

BOB LOKMAN-DULU DAN LONI


“Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia.”

Sunday, 20 February 2011

SUAMI PILIH PONDAN




KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand.
Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan. 
Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’,

Saturday, 19 February 2011

KISAH KUCING DAN ULAR BUTA

Pada suatu hari, Imam Malik bin Dinar sedang mahu menjamah makanan yang terdiri daripada hidangan daging. Namun belum pun sempat daging itu dicapainya, seekor kucing telah terlebih dahulu menyambar daging di dalam pinggan lalu membawanya lari. 

Hairan dengan perlakuan kucing yang tidak memakan daging itu, lalu Imam Malik mengekori haiwan tersebut yang membawanya ke sebuah lubang di permukaan tanah. Sampai di situ, kucing tersebut meletakkan daging di mulutnya di tepi lubang tersebut. Beberapa

PROTES FILEM ARWAH GOYANG KARAWANG




JAKARTA: Berpuluh-puluh wanita daripada Gabungan Organisasi Wanita Karawang (GOW) berkumpul di depan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Senayan, Jakarta, semalam bagi membantah penayangan filem ‘Arwah Goyang Karawang’.
Menurut mereka, filem yang dibintangi Julia Perez dan Dewi Persik itu tidak mempunyai nilai kesenian. Mereka juga mendakwa filem itu menonjolkan unsur pornografi. “Filem itu mencemarkan imej Karawang

UGUT BOM RUMAH


KUALA LUMPUR: Seorang nenek kini ketakutan selepas menerima ugutan daripada samseng lapan along yang menuntut hutang RM80,000 yang dipinjam anak angkatnya sejak lima tahun lalu.
Yong Swee Ngor, 65, mendakwa menerima panggilan telefon daripada lapan along terbabit yang meminta hutang mereka dilunaskan.

Friday, 18 February 2011

MANI LELAKI LAIN DISEKITAR DUBUR MOHD SAIFUL

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu terdapat mani seorang lelaki ‘Y’ ditemui pada sekitar dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tahun lalu.

Pakar Kimia DNA (deoxyribonucleic), Dr Seah Lay Hong bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti ‘lelaki Y’ dalam laporan kimia disediakannya.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan, hasil calitan di kawasan dubur Mohd Saiful mempunyai campuran DNA milik Mohd Saiful dan lelaki ‘Y’

PENEMBAK TEPAT BUNUH ORANG AWAN


TRIPOLI: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Libya, kata pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan, semalam.
Menjelang perarakan Hari Kemarahan yang dianjurkan aktivis siber hari ini, mereka mendakwa pasukan keselamatan Libya dan Jawatankuasa Revolusi menggunakan peluru hidup bagi memaksa penunjuk perasaan aman anjuran pergerakan pemuda al-Baida bersurai.

Thursday, 17 February 2011

UPP PUKUL WARGA EMAS DAN TEMBAK REMAJA

Malang menimpa seorang warga emas berumur 56 tahun di Pengkalan Kubur. Beliau dipukul sampai mati tanpa belas kasihan oleh 4 orang anggota UPP manakala seorang remaja berusia 19 tahun yang menjadi saksi kejadian ditembak sebanyak 2 kali, 1 tembakan di dada & 1 tembakan diperut.

Berita pertama keluar di RTM 1 jam 5 petang tadi, dilapor "pihak berkuasa berjaya mematahkan sindiket penyeludupan beras TERBESAR di Kelantan" sedangkan ketika berita itu disiarkan, bedah siasat

POKOK AJAIB BERBUAHKAN MANUSIA

Pokok ajaib mengeluarkan buah seperti manusia,pelik tapi benar.Nareepol tree atau pokok nareepol sangat pelik kerana mengeluarkan buah seperti manusia.Dalam bahasa Thai Naree bermaksud perempuan atau wanita manakala pol pula bermaksud pohon atau pokok atau dalam bahasa melayu disebut juga buah,lalu digelarkan pokok perempuan.Buahnya berbentuk seperti perempuan sedang bergayut,apa tak percaya....cuba tengok kat bawah ni..

FACE BOOK PUNYA CERITA


ANGKARA FACE BOOK

Aku gie beli roti kat Petronas..n aku terpandang MW untuk minggu nie nyer…so tajuk kat depannyer ade tertulis “ANKGARA FACEBOOK ISTERI MEMBENCI SUAMI” telah menarik perhatianku untuk aku membeli majalah berkenaan…bagus jugak nie…mungkin kita boleh menjadikan kisah berkenaan sebagai salah satu contoh apabila teknologi yang sedia ade tetapi telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak…so aku ringkaskan kisah berkenaan.

Wednesday, 16 February 2011

NAJIS PUNYA ANGKARA

Najis punya angkara,tapi bukan sebarang najis,najis telinga atau nama glamour Tahi Telinga.Pagi ni aku terpaksa cuti separuh hari, tapi takpe akulah towkey dan akulah kuli,aku cuti sebab bawak anak aku yang ketiga pergi ke klinik swasta kerana masalah pendengaran, dah beberapa hari buat hal.Nama anak ketiga aku ialah Siti Nur Aqilah berumur enam tahun.Sampai kat klinik aku daftar dulu kat kaunter pendaftaran.Lebih kurang beberapa minit namanya dipanggil kebilik rawatan.Aku sengaja pergi awal untuk mengelakkan dari lama menunggu kerana mungkin ramai pesakit yang datang diawal pagi.Pemeriksaan dilakukan dan didapati punca sebenar ialah tahi telinga yang menutup kat saluran pendengaran.Proses rawatan dilakukan untuk mencairkan tahi telinga...

ASMARA DALAM KERETA SAKIT



SEREMBAN: Memalukan apabila segelintir remaja dikesan menjadikan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berhampiran Taman Bukit Margosa, Paroi, dekat sini, sebagai ‘port kereta sakit’ dipercayai untuk memadu asmara pada waktu tengah malam dan awal pagi sejak awal bulan lalu.
Kebanyakan mereka melakukan aktiviti itu di dalam kereta sama ada dengan meletakkan kenderaan di tepi lebuh raya atau bergerak perlahan antara kawasan taman berkenaan ke Taman Tasik Jaya, Senawang, di sini, kira-kira dua kilometer.

MAUT SELEPAS MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


MELAKA: “Arwah baru balik dari majlis Maulidur Rasul di Masjid Kampung Kandang sebelum memberitahu keluarga dia mahu tidur di rumah neneknya. Ketika di sana, seorang rakan mengajaknya keluar sebelum mereka terbabit kemalangan itu,” kata Kamal Mahadi, 58, bapa saudara kepada Ahmad Jamal Roslan, 15, yang terbunuh dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Ayer Molek-Kandang, Lebuh Alor Gajah-Melaka (Lebuh AMJ), dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa dari Jalan Kandang Kilometer 1, Taman Kandang Mesra, dekat sini, yang membonceng terbunuh manakala rakannya Mohd Sah Sapuan Ahmad, 17, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi ICU) Hospital Melaka (HM) selepas motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah van.

KELANTAN BERUBAH WAJAH


Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim Tunjong, Kota Bharu, Kelantan terletak kira-kira 5 kilometer (km) ke selatan pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak terletak kira-kira 2.5 km) dari Kompleks Kota Darulnaim (pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim).
Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim Tunjong ini dibangunkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap dalam tempoh RMK-10 (2011 – 2015). Ia akan menjadi kompleks pejabat kerajaan utama bagi Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan. Manakala beberapa agensi / jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan juga akan berpindah ke sini.

Tuesday, 15 February 2011

REZEKI HARAM MERAGUT KETENANGAN


Seorang ibu mengeluh mengenangkan kelakuan buruk anaknya. Anak tersebut sangat suka mencuri. Habis semua barang milik teman-teman dicurinya. Ibu tersebut berkata “Entahlah, bagaimana saya harus menyelesaikan masalah ini. Hari-hari ada sahaja barang orang lain yang dicurinya semasa bersekolah. Hari ini pensil, esok pemadam…. Puas saya nasihat tidak juga berkesan. Sudah saya

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Kerajaan negeri kelantan dengan kerjasama Maik-Majlis Agama islam dan Adat Istiadat negeri Kelantan telah menganjurkan sambutan maulidur rasul  bagi peringkat negeri Kelantan yang bertempat di Masjid Muhammadi Kota Bharu pada 14hb. feb.2011.Acara dimulakan dengan solat maghrib dan isyak secara berjemaah dikuti ceramah khas maulidur rasul dan selawat dan majlis diakhiri dengan sedikit jamuan.Hairan juga aku belum masuk bulan Rabiulawal dan sambut maulidur  rasul patutnya hari ini,pening-pening siapa yang pening,puak-puak DEMO yang pening tapi jangan lah buat kenyataan kerajaan kelantan amal ajaran sesat dah la....

Monday, 14 February 2011

KELANTAN SEMUANYA BURUK



Sebut pasal negeri Kelantan semuanya buruk,banyak maksiat,pengotor tak pandai memerintah tak pandai buat saliran air dan macam-macam lagi isu tentang kelantan...apa buruk sangat ke orang kelantan,apa buruk sangat ke kerajaan kelantan..dah..dah la cari keburukan orang jangan sampai orang kata kuman diseberang lautan nampak gajah kat depan mata buat dekja.Sebut pasal maksiat ni kat mana-mana negeri atau

SURATAN ATAU KEBETULAN

Suratan atau kebetulan,ewah macam tajuk lagu bunyinya.Bukan itu yang nak diceritakan tapi pasal karenah sang kontraktor...tapi bukan kat Malaysia,di negara lain.Pelbagai karenah yang boleh anda lihat kat dalam gambar dibawah....suratan atau kebetulan atau kecuaian...

Saturday, 12 February 2011

AMAZING BOY IN NEPAL




Amazing boy in Nepal begitulah tajuk petikan berita dari BBC.Seorang bayi yang berumur tujuh bulan (semasa berita ini ditulis) yang bernama Risab Dev Ghimire anak kepada Janub Ghimire,bayi ini mempunyai pasangan kembar tanpa kepala "Parasitic Twin" dan mempunyai anggota seperti tangan yang melekat pada bahagian abdomen.Beribu-
ribu penduduk yang tinggal dipekan-pekan kecil mengunjungi rumah ibadat memberi penghormatan pada tuhan atas keganjilan ini.

BESARKAN PAYUDARA


KUALA LUMPUR: Sebuah pusat rawatan kecantikan swasta dikesan menawarkan rawatan maut membesarkan payudara wanita dengan kaedah berbahaya, memindahkan tisu lemak perut ke payudara yang kecil.

Bagaimanapun, pembedahan `liposuction’ yang bukan dilakukan pakar bertauliah itu menyebabkan ada antara mangsa menderita apabila

Friday, 11 February 2011

ANAK POKOK KELAPA BERBUAH

Anak pokok kelapa mengeluarkan buah,pelik tapi benar apa nak hairan kuasa Allah...kejadian ini berlaku di Sungai Yan Kecil, kedah.

VALENTINE'S DAY


AWAS:LARANGAN  UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA


Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah

ISTERI HAMIL KEGUGURAN DITENDANG SUAMI


KUALA TERENGGANU: Seorang ibu kepada dua anak terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di sini, apabila kandungannya berusia tiga bulan gugur selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu.
Wanita berusia 22 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Luar, dekat sini. 
Akibat tidak dapat menahan sabar, suaminya menampar mangsa beberapa kali sebelum menendang tubuh wanita itu dan perutnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa yang

GURU BAKAL DAPAT INSENTIF RM7,500-BAI'AH



PUTRAJAYA - Seramai 924 guru besar dari seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif RM7,500 seorang, sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai’ah).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan dna ini adalah pertambahan 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus. 

Thursday, 10 February 2011

TWIN SNAKE

Bermacam-macam keajaiban yang kita jumpa kat alam semesta ini,yang pelik dan yang aneh tapi bagi Allah tiada yang pelik atau aneh, Allah berkuasa dan berkemapuan kerana Allah itu bersifat Maha berkuasa,Maha pencipta.Segala ciptaan ada yang genap dan ada yang ganjil berlawanan seperti ada lelaki dan perempuan dan segala macam lagi.Manusia merasa pelik kerana manusia bersifat serba kekurangan.Ular kembar atau berkepala dua pelik tapi benar tapi hakikatnya memang benar...bukan superimpose atau Adobe photoshop...

10 BANDAR TERCEMAR DIDUNIA


Pollution is a big problem in many cities around the world. It has been a serious threat to environmentalist in all developed countries. Efforts are being made to overcome the growing pollution in the world but for some cities it’s too much, and those are the ones where it hits the hardest. So if you’re a neat freak avoid these ten cities.
1. Baghdad – Iraq
10 most polluted cities in the world01

Wednesday, 9 February 2011

ANEHNYA.....STREET PAINTING

Anehnya negara orang ada macam-macam...macam-macam ada.Pelik tapi benar,kat tengah-tengah jalan raya pun pun ada air terjun tak caya tengok la.
tapi nanti dulu ini adalah sebahagian hasil seni tapi bukan kat atas kanvas atau kertas tapi kat jalan raya "Painting On The Street" macam-macam manusia sekarang puas conteng kat dinding conteng kat jalan la pulak.

Bagaimana agaknya akan berlaku bila tengah pecut kereta dengan laju tiba-tiba ternampak ada air terjun kat tengah-tengah jalan raya kantoi la gamaknya.....



Tuesday, 8 February 2011

PELIK TAPI BENAR

Pelik tapi benar,ular ada lima kepala sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang mengetahui kebenarannya.Ular tersebut ditemuai di Kukke  Subramanya berdekatan dengan Mangalore ,Karnataka,India.

Monday, 7 February 2011

APA TUJUAN MENUNTUT ILMU YANG SEBENARNYA


Kebanyakan ibu bapa menganggap bahawa sekolah ialah tempat untuk menimba sebanyak-banyak ilmu hingga ke peringkat yang setinggi mungkin. Supaya masa depan anak-anak mereka terjamin dengan mendapat sijil dan ijazah sama ada ijazah pertama, masters atau Phd. Agar mudah bagi anak-anak mereka itu mendapat jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan. Mungkin di celah-celah itu terselit juga maksud supaya ibu, ayah, anak dan keluarga seluruhnya dipandang mulia di sisi masyarakat sebagai keluarga pintar dan berpelajaran. Itulah juga asas yang digunakan dalam masyarakat kita bagi mengurniakan anugerah, pujian dan sebagainya. Mithali atau tidak, cemerlang atau tidak atau sama ada ibu, ayah, anak atau keluarga itu boleh dijadikan contoh atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa ramaikah anak-anak yang berjaya dididik hingga menjadi doktor, jurutera, arkitek, akauntan, pensyarah universiti, peguam dan sebagainya.

UMNO DAN GELOMBANG MERAH


KOTA BAHARU - Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gelombang Merah di sini hari ini.

"Golongan muda di Kelantan adalah lebih ramai jumlahnya daripada pengundi biasa, iaitu jumlah keseluruhan pengundi di negeri ialah 600,000 orang dan 400,000 daripada jumlah itu adalah golongan muda.

"Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. - Bernama

MACAM-MACAM GELOMBANG ADA PUAS YANG BIRU TUKAR MERAH PULAK

AWAS PENCURI CREDIT

Awas SMS kikis kredit,sejak akhir-akhir ni bermacam cara orang mencuri,ni trend baru penjenayah cyber nak tarik credit kalau dapat la kat aku,aku potong telinga.Kepada pengguna handphone semua jangan layan kalau dapat SMS macam ni "RM0.00 Para pelanggan sekalian! anda perlu SMS ON FD ke36660 segera untuk terima servis SMS content baru anda dalam tahun 2011 skrg" kalau korang reply habis kredit korang sms ini dihantar menggunakan pusat sms bernombor 63660 harap pihak berkenaan tolong siasat nanti ramai lagi yang tertipu,tapi yang aku hairan macamana maklumat pengguna handphone boleh sampai kepengetahuan penyanggak ini atau mungkin kerja orang dalam,apa-apa pun hati-hati la yer.....

DAH KELUAR PAPER PULAK

His! dak keluar paper la pulak ingat lawak je,tak habis-habis kisah isteri curang dan suami orang yang macam tak cukup makan, bini orang bini dia tapi bini dia tak boleh pulak.Apa la nak jadi dunia hari ni,mungkin bahana dari laman sesawang seperti Friendster,Facebook dan macam-macam lagi,mula-mula chating lama-lama kemudian berzina pula....petikan akhbar Harian Metro Hari ini


KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

Saturday, 5 February 2011

PISTOL DI MUKA


SEPANG: “Hanya wajah ibu, ayah dan adik beradik terbayang di kepala tatkala diacukan pistol di muka oleh seorang perusuh yang cuba menakut-nakutkan saya dan beberapa kawan lain,” kata Siti Nabilah Mohd Azaman, 20, yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, di sini, semalam.
Nabilah pelajar tahun pertama jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar yang menaiki pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi tiba di KLIA kira-kira jam 3 petang. “Perusuh itu berbuat demikian kerana menyangka kami penyokong Hosni Mubarak walaupun ketika itu saya bersama tiga rakan hanya keluar rumah untuk membeli makanan. “Kami terpaksa menghadapi detik mencemaskan itu kira-kira 20 minit

Thursday, 3 February 2011

DR MAHATHIR SEORANG YANG BIJAK-TGNA

HARAKAHDAILY


KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

SAYA AKAN TERUS BERCAKAP

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan ‘menutup mulut’, sebaliknya akan terus mengkritik biarpun mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau telah lali dengan kritikan sepanjang sepanjang karier politiknya dan tidak pernah berasa tergugat dengan tindakan yang dilakukan pihak tersebut.

“Satu cara UMNO nak tutup mulut saya ialah dengan menukar dasar Islam, selesai masalah...

Wednesday, 2 February 2011

DICEKUP BERSAMA DUA WANITA

GUA MUSANG - Sebuah rumah Skim Perumahan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang masih kosong kerana baru siap dibina di Kampung Jerek Kaling, dekat sini, dijadikan tempat perkongsian asmara seorang lelaki bersama dua teman wanitanya apabila mereka dicekup awal pagi kelmarin.

Serbuan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Mukim Jerek diketuai Imannya, Md Zain Isamil, dilakukan kira-kira jam 1 pagi selepas mendapat maklumat awam berhubung pasangan terbabit tidur dalam sebuah bilik rumah berkenaan dengan memasang lilin kerana belum mempunyai elektrik.

Penahanan seorang lelaki bekerja pemandu lori berusia 34 tahun bersama dua teman wanitanya berumur 26 dan 28 tahun termasuk seorang daripadanya janda sebelum diserahkan kepada Penolong Penguat kuasa Agama Jajahan, Hunie Adabi Abdul Kadir untuk tindakan lanjut. 

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...