Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 19 February 2011

PROTES FILEM ARWAH GOYANG KARAWANG



video

JAKARTA: Berpuluh-puluh wanita daripada Gabungan Organisasi Wanita Karawang (GOW) berkumpul di depan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Senayan, Jakarta, semalam bagi membantah penayangan filem ‘Arwah Goyang Karawang’.
Menurut mereka, filem yang dibintangi Julia Perez dan Dewi Persik itu tidak mempunyai nilai kesenian. Mereka juga mendakwa filem itu menonjolkan unsur pornografi. “Filem itu mencemarkan imej Karawang
yang dikenali dalam sejarah sebagai kota perjuangan. Ia memberikan tanggapan negatif terhadap budaya daerah Karawang, merendah-rendahkan maruah wanitanya dan menyalah tafsir maksud seni goyang Karawang,” ujar penyelaras GOW, Nuraeni Yusuf Asikin. Sementara itu, seniman Karawang yang juga pencipta tarian Jaipong, H Suwanda juga tidak bersetuju dengan cara goyangan Jupe dan Depe dalam filem itu. Tarian Jaipong adalah tarian yang menggambarkan budaya pertanian masyarakat Karawang.


“Apa yang dipaparkan dalam filem itu bukan seni tarian Jaipong kerana ia sangat berbeza daripada nilai budaya masyarakat Karawang,” katanya yang turut menyertai bantahan itu.

No comments:

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...