Malang menimpa seorang warga emas berumur 56 tahun di Pengkalan Kubur. Beliau dipukul sampai mati tanpa belas kasihan oleh 4 orang anggota UPP manakala seorang remaja berusia 19 tahun yang menjadi saksi kejadian ditembak sebanyak 2 kali, 1 tembakan di dada & 1 tembakan diperut.
Berita pertama keluar di RTM 1 jam 5 petang tadi, dilapor "pihak berkuasa berjaya mematahkan sindiket penyeludupan beras TERBESAR di Kelantan" sedangkan ketika berita itu disiarkan, bedah siasat
pada mayat Pakcik Sa'aid masih belum dimulakan lagi, dan pada jam 11.00 malam tadi baru selesai.
TPU (Topeng Perak Unmasked) yang sempat menziarahi rumah keluarga Arwah Pakcik Sa'aid mendapati keadaan rumah keluarga Arwah agak uzur. Timbul persoalan bagaimana boleh seorang penyeludup beras TERBESAR tinggal di rumah sendiri yang hampir runtuh..?
Persoalan kedua yang timbul pula ialah mengapa saksi utama kejadian, seorang remaja berusia 19 tahun ditembak..?
Tragedi berdarah ini berlaku pada pagi tadi pada lebih kurang jam 8.00 pagi. Pakcik Sa'aid telah ditahan oleh 4 orang anggota UPP dan selepas itu telah dipukul sehingga meninggal dunia. Semasa anggota UPP memukul pakcik Sa'aid, sorang anak saudaranya telah lalu berdekatan tempat kejadian dan telah lihat apa yang berlaku. Lalu dia pulang ke rumah untuk melaporkan kejadian yang berlaku. Ini menyebabkan orang kampung yang mengenali Pakcik Sa'aid menjadi marah dan kemudiannya mereka berkumpul lalu pergi ke Hospital Kelaboran.
Sebaik tiba di Hospital, kelihatan 4 orang UPP yang memukul Pakcik Sa'aid turut berada di sana, remaja itu terus menunjukkan kepada orang kampung - " Inilah anggota UPP yang pukul Pakcik Sa'aid,". Orang kampung yang marah cuba untuk mendapatkan penjelasan mereka, bagaimanapun 3 orang anggota UPP itu terus melarikan diri. Manakala sorang anggota UPP yang telah terkepung terus melepaskan 2 das tembakan pada dada dan perut remaja itu.
Keluarga arwah mengakui perbuatan Pakcik Sa'aid itu menyalahi undang-undang, tetapi apa perlunya membelasah orang tua berusia 56 tahun sehingga mati..?. Adakah negara ini tiada undang-undang?
Atau pihak berkenaan mahu rakyat Malaysia turun di jalanan seperti di Tunisia & Mesir. Jangan lupa pemberontakan rakyat Tunisia bermula apabila seorang pemuda lulusan ijazah berniaga buah tanpa permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.
Adakah Malaysia mahu menjadi seperti di Tunisia?

Ini pula video video ulasan oleh YB Dato Husam Musa
Baca,tonton dan fikirkan mengapa dan kenapa harus terjadi di negara kita dimana silapnya..
Hakikatnya bagaimana cerita dan kejadian sebenar Allah lah Maha mengetahui...
No comments:
Post a Comment