Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday 16 February 2011

KELANTAN BERUBAH WAJAH


Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim Tunjong, Kota Bharu, Kelantan terletak kira-kira 5 kilometer (km) ke selatan pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak terletak kira-kira 2.5 km) dari Kompleks Kota Darulnaim (pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim).
Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim Tunjong ini dibangunkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap dalam tempoh RMK-10 (2011 – 2015). Ia akan menjadi kompleks pejabat kerajaan utama bagi Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan. Manakala beberapa agensi / jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan juga akan berpindah ke sini.


PEJABAT PELAJARAN NEGERI KELANTAN

Projek pembangunan bandar baru Tunjong melibatkan kawasan seluas 800 hektar dengan menempatkan beberapa kompleks agensi Kerajaan Pusat dan negeri, telah mencapai pelaksanaan 30 peratus. Projek-projek tersebut diselaraskan oleh pihak Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBBT) bagi memastikan proses pengambilalihan tanah dan pembangunan projek berjalan lancar. Ia akan menempatkan beberapa buah kompleks kerajaan, dan juga dapat membantu mempercepatkan pembangunan bandar baru itu.
Bandar Baru Tunjong dirancang bagi menampung pembangunan Kota Bharu yang terlalu sesak serta kos tanah yang tinggi. Selain itu, ia juga akan membantu untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebagai bandar raya dan Majlis Daerah Ketereh sebagai majlis perbandaran.
Untuk pastikan bandar ini bergerak cergas, semua agensi kerajaan akan diletakkan di sini dan sehingga kini beberapa kompleks seperti pasukan bomba dan penyelamat, Terminal Makanan Negara (Teman) dan kompleks mahkamah syariah telah dibina di sini. Pembangunan di sini melalui konsep penswastaan, dengan menarik pelabur untuk membangunkan kawasan ini. Perbadanan akan menjadi agensi peneraju menyelaraskan kos pengambil tanah.(SUMBER DARI)
 DEWAN SERBAGUNA

 JABATAN AUDIT NEGERI KELANTAN
 PEJABAT KETUA PENGARAH TANAH & GALIAN
 KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH BARU
IBU PEJABAT BOMBA & PENYELAMAT NEGERI KELANTAN
TERMINAL MAKANANAN NEGARA(TEMAN)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...