Sebut pasal negeri Kelantan semuanya buruk,banyak maksiat,pengotor tak pandai memerintah tak pandai buat saliran air dan macam-macam lagi isu tentang kelantan...apa buruk sangat ke orang kelantan,apa buruk sangat ke kerajaan kelantan..dah..dah la cari keburukan orang jangan sampai orang kata kuman diseberang lautan nampak gajah kat depan mata buat dekja.Sebut pasal maksiat ni kat mana-mana negeri atau
negara pun ada selagi ada yang suka atau gemar melakukannya"dimana ada tahit disitu adalah lalat".Aku terima dengan rela hati orang kata kat kelantan ada pelacuran tapi janganlah kerana nila setitik habis susu getah berubah warna cuma kita kena lihat dasar kerajaan negeri kelantan "Amal Makruf Nahi Mungkar" cegah maksiat,benci maksiat dan membenteras maksiat,tiada lesen pelacuran dan perjudian....habis macamana kat berita selalu keluar ada tangkapan yang dibuat dan jawapan kerana pelacur ini di impot dari luar kelantan untuk memenuhi keinginan pengemar maksiat oleh peniaga kedai makan atau sebaliknya secara senyap-senyap....lain la kalau kerajaan negeri memberi lesen.kita sedia maklum menyuruh orang buat baik ni susah tapi kalau berbuat dosa tak payah disuruh,sepatutnya kita orang kelantan tambahan lagi kita orang islam bila ada kemungkaran dan ada bukti yang kukuh buat aduan kat kerajaan, berbeza fahaman politik letak tepi, islam dan politik jangan dipisahkan kalau dipisahkan jadi macam ni lah,yang tukang canang pun bukan orang luar, orang kelantan juga dan ingatlah tanggung jawab kita menjaga agama bukan mejaga politik periuk nasi dan sekali lagi aku nyatakan bukan tak ada kemungkaran kat kelantan ni tapi macam aku cakap tadi kerana ada makluk yang semulajadi gemar kejahatan jika ditegah pun mahu juga dibuatnya,orang
gemar buat maksiat ni kalau tak buat boleh jadi deman atau mati kalau tak melakukanya,bila sering melakukan kejahatan kebaikan akan hilang dengan sendirinya sehingga ditutup hati-hati mereka oleh Allah Subhanahwataala sehingga sampai ajalnya....
Tambahan
"Jangan hanya kuman seberang laut nampak gajah depan mata tak nampak," demikian sindiran Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Idris Ahmad kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang suka memperbesarkan isu maksiat di Kelantan.
Bagi Idris, tuduhan yang belum ada tentu benarnya itu hanyalah helah Umno untuk menutup kelemahan mereka di negeri yang diperintahnya yang dikatakan lebih banyak pusat-pusat pelacuran, maksiat dan kelab-kelab malam yang menjadi punca permasalahan sosial.
Apa yang jelas berlaku di Selangor katanya, setelah 25 kali pusat hiburan itu telah diserbu oleh pihak berkuasa, awal Febuari lalu barulah pusat itu terus disita.
Tambahnya, sekiranya benar apa yang dilaporkan Umno tidak boleh hanya menunding jari kepada Kerajaan Negari Kelantan kerana kuasa kerajaan pusat lebih besar dari kerajaan negeri.
"Punca permasalahan sebenar berhubunga masalah sosial, seperti maksiat adalah kelemahan pihak kerajaan pusat sendiri seperti meluluskan lesen pusat judi, pusat hiburan, kemasukan cakera padat (VCD) lucah dan bermacam-macam lagi.Ianya bukannya di bawah kerajaan negeri," katanya.
Jelas beliau, kerajaan negeri hanya memiliki kuasa yang terhad dan mampu mengawal gejala maksiat dengan berdakwah dan juga pentarbiyahan antaranya melalui jawatankuasa masjid.
Tidak bersekongkol
Sementara itu, di KOTA BHARU, rakyat Kelantan kesal dengan kecoh-kecoh yang dibuat oleh wakil rakyat BN dan media milik mereka itu.
Pertama, kata salah seorang dari mereka, jika benar apa yang ditunjukkan itu pelacur, kerajaan negeri tidak memberikan sebarang pengiktirafan kepada mereka dengan memberikan premis untuk mereka beroperasi sebagaimana di negeri-negeri lain khasnya di Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, misalnya, para pelacur ini beroperasi di sebalik pusat-pusat hiburan yang diberikan lesen oleh kerajaan termasuk di disco, rumah urut, karaoke, kelab malam, kelab dangdut dan sebagainya.
"Semua itu tiada di Kelantan," kata Muhamad Jani kepada Harakah.
Beliau yang sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur berkata, pusat-pusat sebegini bersepah di Kuala Lumpur dan beroperasi secara terbuka dengan pakaian seksi dan menjijikkan mata melihatnya tetapi sekurang-kurangnya di Kelantan, orang ramai tidak tahu mereka pelacur dengan pakai tudung dan sebagainya.
"Hanya mereka yang memang kaki pelacur dan minat dengan kegiatan seumpama itu sahaja yang akan jumpa 'benda ini' sebagaimana wartawan TV3 dan RTM yang jumpa perkara itu, orang awam takkan tahu dan mungkin juga kerajaan negeri tak tahu sebelum pendedahan ini.
"Yang terdedah ini pula kerana BN akan cari sahaja silap kerajaan negeri padahal kalau benar mereka pelacur kenapa polis yang di bawah kerajaan Pusat itu tidak bertindak," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau bersetuju kerajaan negeri juga silap kerana lalai dan tidak tersedar ada perkara ini berlaku di Kelantan, jika benar apa yang ditonjolkan oleh media BN itu.
"Tetapi, sekurang-kurangnya kerajaan negeri tidak pernah adakan premis dan bersekongkol dengan perbuatan maksiat ini serta mengutip hasil pula darinya sebagaimana berlaku di negeri-negeri lain di bawah BN," kata beliau lagi.
Sekarang, kata beliau, setelah kerajaan negeri tahu, pihak berkuasa tempatan mestilah bertindak bagi memastikan ia dibersihkan segera.
Beliau mengaku, kerajaan negeri memang salah kerana lalai tetapi untuk menutup seratus peratus maksiat tidak akan berjaya, "Sebab itulah ada hukuman kepada yang buat salah (maksiat) hatta di zaman Nabi sekalipun," kata beliau lagi.
Harakah Daily.
No comments:
Post a Comment