Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 26 February 2011

RAMAI NYA ORANG PAS MASUK UMNO



PASIR PUTEH 26 Feb — Sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin Pas menyertai UMNO Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.
Ketua UMNO bahagian itu, Zawawi Othman berkata, mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising.

"Ramai lagi anggota Pas terutama di peringkat akar umbi dalam proses menyertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menerima 30 
borang permohonan menyertai Umno di Kampung Wakaf Bunut, DUN Selising, di sini hari ini.
Beliau berkata antara yang menyertai UMNO itu termasuk bekas ketua Pemuda, ketua Muslimat dan anggota jawatankuasa Pas cawangan yang telah bersama PAS antara 30 hingga 40 tahun.
Kemasukan mereka secara beramai-ramai yang di luar jangkaan ini memberi harapan cerah kepada Barisan Nasional untuk merampas kembali empat DUN tersebut dan kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum akan datang, katanya. — Bernama



utusan malaysia

P/S:Begitulah yang selalu berlaku bila tiba musim pilihanraya,mereka banyak media yang jadi tukang promote,kita tengok sajalah...

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...