
PASIR PUTEH 26 Feb — Sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin Pas menyertai UMNO Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.
Ketua UMNO bahagian itu, Zawawi Othman berkata, mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising.