Hidayah itu maknanya secara ringkas ialah petunjuk,petunjuk yang datang dari Allah dengan kehendaknya keatas orang-orang yang dikehendaki,kerana ianya milik Allah, kita hanya mampu meminta dan berdoa.
Firman Allah dalam surah Taha ayat 123 yang bermaksud:
"barang siapa mengikut hidayahku,maka dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka"
Apa guna kekayaan,kemewahan,glamor jika tidak beriman,sehingga lalai atau lupa tugasan kita kepada Allah,kita lupa tentang segala amalan(baik) yang kita lakukan adalah untuk kita,ganjarannya adalah pahala ,tapi kita malas melakukan seolah-olah apa yang kita buat itu untuk Allah.Tidak sedikitpun kerugian bagi Allah jika kita tidak melakukannya tapi kita yang rugi sebenarnya.
Aku juga pernah melalui zaman gelapku,zaman remaja yang penuh dengan suka-duka, tapi rasanya tak banyak duka.Masa remaja kita lakukan apa yang kita rasa nak buat,tak ada perkiraan,mungkin kerana akalan kita belum cukup panjang,masa remaja kita minat hiburan,tak kira yang datang dari barat atau dalam negara,kita puja arti,kita sanjung,kita gantung gambarnya kat dinding...dalam bebagai posisi,terdedah,terkangkang sana terkangkang sini,itulah idola kita.kita lupa apa munafaat yang kita dapat,dia tak dapat memberi kita shufaat ketika dipadang mahsyar,bolehkah.......
Tapi itu zaman remaja, mungkin sekarang dah berubah...alhamdulillah,kita belajar dari kesilapan bukan belajar untuk membuat kesilapan.Seseorang itu boleh menangis jika hilang harta,bagaimana dengan iman....tak ramai yang menangis.Hidayah itu milik Allah sebabnya kita baca kisah Nabi Nuh (A.S) bagaimana anak dan isterinya kufur hingga keakhir hayat padahal ianya isteri dan anak kepada seorang Nabi patutnya ianya didahulukan tapi tidak, kenapa,kerana ia enggan beriman dengan agama Allah yang dibawa oleh suaminya Nabi Nuh.Kita lihat satu lagi contoh Abu Talib bapa saudara nabi kita Muhammad (s.a.w) kufur sehingga ke akhir hayat, bagaimana kita nak kata tentang kes ini,menangis Nabi Muhammad (s.a.w),Allah menjawab hidayah itu urusanku(Allah).
Sesungguhnya kamu tidak mampu memberi hidayah kepada orang-orang yang kamu sayang. Tapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. (al-Qasas: 56)
Benar, saudara. Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Antara orang dikehendaki Allah beriman ialah kita pada hari ini. Daripada sekian ramai umat manusia yang ada pada hari ini, kita telah dipilih untuk beriman. Tidakkah kita merasa beruntung dan bertuah? Tidakkah kita merasakan betapa ruginya orang-orang yang tidak diberikan nikmat iman? seperti saudara kita yang dahulunya seorang selebriti ,seorang penulis dan pencipta lagu....Mohd Lokman Hakim atau nama glamor Bob Lokman telah mengejutkan kita semua,siapa sangka, tapi hidayah Allah datang menyelamatkan beliau supaya tidak terus lalai,itupun kerana timbul rasa kesilapan pada dirinya maka Allah mendatangkannya hidayah,bagaimana kita kalau terus lalai dan tidak ada usaha kearah kebaikan bagaimana Allah mahu membantu....moga diberi petunjuk dan mati dalam golongan orang-orang beriman.

No comments:
Post a Comment