Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 11 February 2011

GURU BAKAL DAPAT INSENTIF RM7,500-BAI'AH



PUTRAJAYA - Seramai 924 guru besar dari seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif RM7,500 seorang, sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai’ah).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan dna ini adalah pertambahan 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus. 



Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, senarai pengetua dan guru sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru akan diumumkan pada pertengahan tahun ini, dengan kemungkinan awal selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

“Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek. Insya-Allah saya akan umumkan senarai guru besar yang layak dalam masa terdekat,” katanya pada majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Hadir sama, kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, seramai 14 orang dikenal pasti untuk menganggotai Jawatankuasa Mengkaji Kurikulum Sejarah bagi mengesyorkan kepada kerajaan cadangan menambah baik kandungan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah dan menengah.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada pakar sejarah termasuk pensyarah universiti, wakil persatuan serta individu berkelayakan dalam pengajian sejarah dan mesyuarat pertama akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita nak pastikan pelajar kita memahami bukan saja sejarah negara tetapi juga sejarah serantau, antarabangsa dan tamadun lain. Maka sudah sampai masa kita meneliti semula kurikulum sejarah.

“Ini akan mengambil masa kerana kita nanti akan adakan pertemuan dengan pihak berkepentingan dan masyarakat yang berminat selepas jawatankuasa ini mengemukakan draf pandangan mereka tentang kurikulum pembelajaran sejarah akan datang,” katanya. - Bernama.


“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...