KUALA TERENGGANU: Seorang ibu kepada dua anak terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di sini, apabila kandungannya berusia tiga bulan gugur selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu.
Wanita berusia 22 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Luar, dekat sini.
Akibat tidak dapat menahan sabar, suaminya menampar mangsa beberapa kali sebelum menendang tubuh wanita itu dan perutnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa yang