KUALA LUMPUR: Umno disaran menggunakan kaedah sumpah bai'ah bagi membendung kemungkinan wujudnya pengkhianat di kalangan ahli parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
FUYOO!!!BERSEMANGAT SAMPAI TERANGKAT,,,
Perwakilan Terengganu, Kamaruddin Omar berkata, sumpah bai'ah yang dibolehkan dalam Islam merupakan kaedah terbaik bagi mencegah tindakan sabotaj yang berkemungkinan berlaku terutama di kalangan ahli dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon 'boleh menang'.
"Apa salahnya kita adakan bai'ah di kalangan ahli Umno. "Kita buat sumpah bai'ah supaya tidak ada pengkhianat dalam parti.
"Sumpah bai'ah itu perlulah menyebut bahawa kita akan sokong siapa sahaja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti," katanya ketika membahasakan usul agama, pendidikan dan sosial pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di PWTC, Sabtu.
Sumpah bai'ah sebelum ini diakui menjadi amalan di kalangan calon PAS bagi menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam dan parti.
Jelas Kamaruddin, parti itu memerlukan ahli dan pemimpin yang taat serta terus berkhidmat kepada parti walaupun tidak dipilih sebagai calon.
"Kita tak perlu takut untuk bersumpah, pemimpin tertinggi kita juga pernah bersumpah apabila beliau dituduh terlibat dalam satu kes.
"Jadi kita juga perlu bersumpah demi parti. Jangan jadi seperti Ketua Umum mereka (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tak berani bersumpah," katanya.
Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum ini pada Ogos 2008 iaitu beberapa hari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh bersumpah bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
JANGAN JADI SUMPAH-SUMPAH DAH LA...
No comments:
Post a Comment