Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 30 December 2011

BERDEGIL MANDI DI PANTAI IRAMA

BACHOK: Fenomena air pasang besar yang melanda Pantai Irama di sini menarik perhatian ratusan pengunjung sama ada penduduk dari kawasan berdekatan atau orang ramai yang ingin melihat kesan kejadian dengan lebih dekat sehingga mengabaikan keselamatan diri. 

Tinjauan mendapati kebanyakan pengunjung datang bersama keluarga, malah ada yang membawa anak kecil meskipun pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini sudah menasihati orang awam untuk tidak mendekati kawasan pantai.
Lebih membimbangkan ada segelintir pengunjung yang mandi-manda di kawasan bencana tanpa memakai jaket keselamatan dan ada beberapa kanak-kanak leka bermain pasir di kawasan gigi air tanpa pengawasan orang dewasa.
Pengunjung Zubaidah Zakaria, 46, berkata, beliau tertarik untuk datang ke pantai selepas ramai kenalan bertanyakan kepada beliau mengenai kejadian ini selepas dipaparkan di media. 

“Saya risau juga kerana kawasan rumah agak dekat dengan kawasan pantai iaitu Pantai Kemasin, jadi saya datang ke sini untuk melihat sendiri sejauh mana keadaannya, " katanya ketika ditemui di sini. 

Mohamad Zaman, 50, pula menyuarakan kebimbangan kerana tiada pengawal yang ditempatkan di pantai itu dan berharap pihak yang terbabit menempatkan sekurang-kurangnya seorang pengawal bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin. 

“Selain memerlukan pengawal, pantai ini yang kerap dilanda hakisan memerlukan benteng yang lebih tinggi supaya kejadian sebegini tidak berulang lagi,” katanya. 
Peniaga, Siti Rokiah Mohamad, 50, berkata, kerana kunjungan orang ramai yang luar biasa selepas kejadian gelombang besar itu, dia tetap menjalankan perniagaan seperti biasa walaupun ada beberapa kedai yang menutup perniagaan mereka buat sementara waktu. 

“Sebelum berniaga, seawal jam 6 pagi kami telah mengangkut lebih 10 kali muatan sampah-sarap dan air lumpur yang melimpahi beberapa tempat di dalam gerai akibat kejadian Isnin lalu,” katanya yang menjalankan perniagaan gerai makan di pantai berkenaan. 

Sementara itu, kerja pembersihan runtuhan dan pokok yang tumbang giat dijalankan oleh Unit Bunga bahagian pembersihan Majlis Daerah Bachok (MDB) yang bermula petang kelmarin. 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang melakukan lawatan di Pantai Irama memberitahu pemberita, pihaknya tidak dapat membuat anggaran kemusnahan berlaku di kawasan berkenaan. 

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan mengambil peranan masing-masing bagi mencari penyelesaian terhadap masalah berkenaan

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...