Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 23 December 2011

2 KANAK-KANAK HILANG BERJAYA DITEMUI


GEORGE TOWN: Polis akhirnya berjaya menahan seorang wanita yang dipercayai mengurung dan mendera dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang minggu lepas dan ditemui semula hari ini.
Wanita berusia 25 tahun itu yang tidak mempunyai pekerjaan ditahan di rumahnya di Flat Padang Tembak di Air Itam di sini petang tadi.
"Hasil soal siasat terhadap wanita ini, dia mengaku telah mengurung dan mendera dua kanak-kanak berkenaan selama 10 hari di rumahnya," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat.
Kanak-kanak lelaki tersebut R. Dass, 7, dan rakannya D. Santiran, 8, dilaporkan hilang ketika bermain di kawasan permainan di flat yang sama yang didiami wanita berkenaan.
Mereka kemudiannya dilaporkan dihantar pulang dengan teksi hari ini. Gan berkata, wanita tersebut ditahan hasil siasatan lanjut dengan kedua-dua kanak-kanak tersebut yang dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan kesihatan mereka.
"Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan di hospital mendapati terdapat kesan lebam dan melecur pada bahagian badan dan kepala mereka yang masih ditahan di wad," katanya.
Beliau berkata, wanita berkenaan turut didapati positif heroin dan kini sedang direman.
KREDIT:myStar online

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...