Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 26 December 2011

1 CERITA PADA 2 KEADAAN

Peristiwa yang sama(kisah treler yang terbalik muatan bertaburan) namun tersirat pada 2 keadaan atau suasana,kenapa dan mengapa?,ianya tak sama.Perhatikan gambar dibawah ini...

Keadaannya tenang,hanya 2 manusia yang kelihatan dan disebelah kanan adalah pegawai dari jabatan kesihatan sedang memeriksa karton ais krim.
Ini kisah di Indianapolis,Amerika Syarikat (AS) – Polis menyatakan sejumlah 18,000 kilogram ais krim daripada sebuah treler bertaburan di negeri Indiana dengan menyebabkan dua laluan sebuah lebuh raya rentas negeri di sini terpaksa ditutup kelmarin.


Media tempatan melaporkan tumpahan tersebut berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu AS) dan mengambil masa selama enam jam untuk dibersihkan.Polis memberitahu, trak terbabit cuba memasuki lebuh raya berkenaan apabila ia tiba-tiba senget dan terbalik sekali gus menumpahkan berkarton-karton ais krim vanila dan beberapa perisa lain di atas jalan. Menurut polis, pemandu trak itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut. – Kosmo


Tapi bagaimana di negara kita..

23 FEB..2011
KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.



Jadi bagaimanakah kesimpulannya,kalau di lihat pada gambar diatas nampaknya tiada apa yang salah,rezeki menumpah dan melimpah,tapi mesti ada tuannya,lainlah kalau dah dihalalkan,kalau tak berdosalah jawabnya.Terfikir juga aku apakah orang barat itu lebih berdisiplin dari rakyat kita,tapi rasanya yang yang betul-betul penganut islam tak ambil gamaknya sebab nampak sangat kalau ambik juga,nanti di ejek oleh oleh orang bukan islam "tak tahu halal,haram".


Pada pendapat aku la(pada peritiwa treler muat ais krim),mungkin dibarat ni cuaca sejuk ,jadi tak gemar sangat la puak deme makan ais krim.Sebab yang kedua, tak ramai orang masa tu, dan terakhir ais krim tu bukan makanan rutin harian orang barat,tak sama dengan negara kita,beras tu makanan harian orang Malaysia,maka berebutlah deme....tapi yang pasti,haram tetap haram bila mengambil hak orang lain....

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...