Sering kali kita terkejut atau mungkin seolah-olah sukar untuk mempercayai perubahan pada seseorang.
Perubahan boleh berlaku atas dasar usaha individu atau hidayah dari Allah.Kita juga pernah menemui dikalangaan rakan taulan kita yang mulai berubah,berubah atas dasar kehendaknya,perubahan yang secara ketara dan ini boleh kita namakan perubahan secara tiru-tiruan.
Manusia berubah kerana ,ingin meniru dan dengan niat supaya di puji manusia.Sebagai contoh,seorang lelaki yang pada awalnya taklah seteruk mana perangainya tapi bila terpandang seseorang yang menjadi idolanya,ia turut berubah,dia mula berserban dan berjanggut,tapi sayang ia tidak dapat bertahan lama.Perubahan dengan kehendak Allah,seperti mendapat sapaan hidayat dari Allah dengan secara kita tidak sedar,timbul dari hati,biasanya secara perlahan-lahan dan insyaallah ia mampu bertahan untuk selamama-lamanya bila kita pandai memelihara dan jaga dengan baik.
Semua sedia maklum hidayah itu hak Allah,DIA berhak memberi kepada sesiapa yang dikehendaki,pada perompak,penyamun atau sejauh manapun kejahatanya.Kita juga sering tertanya-tanya mengapa orang yang baru balik dari mengerjakan ibadah haji menjadi begitu teruk perangainya berbanding dari sebelumnya.Ramai orang berkata ada duit semua boleh jadi,maka ini mungkin menjadi penyebab kes seperti diatas.Kata ustaz tempat aku belajar sebelum kita mengerjakan ibadah haji kita kena taubat nasuha,taubat sungguh-sungguh bukan main-main,itikad dalam hati tak akan mengulangi segala dosa yang pernah kita buat,tanamkan perasaan benci pada setiap dosa,menyesali dengan tangisan.Kita sebagai makhluk bernama manusia memang sayang pada benda-benda mungkar dan maksiat,malas bertaubat kerana katanya usia nya dan bumi ini masih panjang,banyak peluang untuk kita bertaubat pada hari-hari mendatang.
Aku bersyukur kepadamu ya Allah tentang apa yang berlaku kepada Catriona Ross,tiada sebaik-baik perubahan selain dari perubahan kearah kebaikan.Menurut Catriona mulanya dia hanya mencuba(bertudung)
semasa mengikut kawan-kawannya membeli tudung,setelah dipakai terasa sesuatu kelainan dan menampakkan kecantikan dan timbula perasaan ingin bertudung apabila ramai kawan-kawannya bergurau yang dia semakin ayu bila bertudung(bukan niat ingin menunjuk-nunjuk).Tiada sesuatu hadiah yang paling berharga buat buat sisuami selain dari isterinya yang mula menutup aurat.
Di bawah ialah kata-kata Catriona Ross tentang reaksi suaminya apabila dia bertudung:-
Apabila dia pulang ke rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung…dia nampak sangat terkejut dan bertanya, ‘bila’, saya kata ‘pagi tadi’…dia tidak kata apa-apa hanya datang memeluk dan mencium saya.
Untuk makluman, Catriona Ross mula bertudung pada 16 Julai tahun lepas kalau tak silap. Menarik sungguh cerita bagaimana dia bermula memakai tudung. Benarlah kata orang, hidayah itu datang tak kira waktu dan tempat. Untuk Catriona Ross, ianya berlaku ketika menemani teman-temannya membeli tudung.
Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat, lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam saya bila saya pakai, rasa berdebar-debar. Bila rakan-rakan saya tengok kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung…mereka gelakkan saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun depan ke dan sebagai. Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama…saya akan memakainya.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Catriona Ross atas penghijrahan ini. Untuk makluman, Catriona Ross ada menjalankan perniagaan pakaian menerusi laman web Facebook.
Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah semoga segala perubahan ini kekal buat selama-lamanya....
4 comments:
suka tengok Catriona Ross bertudung....cantik sangat...
Semoga perubahan tersebut kekal buat selama-nya....
orang comel bila perangai comel lagi comel
Bersama-samalah kita doakan...
Molek la gitu,marilah pakat2 hijrah bersempena ditahun baru hijriah ni...
Post a Comment