Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 18 December 2011

BUNUH ANAK KETIKA DATANG MENZIARAH


“SAYA dah bunuh anak kita, datanglah dan ambil mereka.” Begitulah pengakuan Jean Francis Say, 62, terhadap isterinya, Adjoua, 44, melalui panggilan telefon selepas membunuh anak mereka, Regina, 8, dan Rolls, 10, di Southwark, London, England, pada 13 Februari lalu.

Lelaki kelahiran Ivory Coast itu melakukan jenayah terbabit berikutan kecewa dan enggan menerima hakikat bercerai dengan isterinya enam bulan sebelum itu. 

Dua kanak-kanak itu mati dibunuh ketika mereka melakukan penziarahan hujung minggu di kediaman suspek di sebuah pangsapuri sekitar Southwark. 

Selepas melakukan pembunuhan, Say menghubungi isterinya sebelum mendail panggilan kecemasan.

 PANGSAPURI YANG BERUSIA 5 TAHUN DI SOUTHWARK,SOUTH-EAST,LONDON
 LOKASI KEJADIAN,POLIS MENDAPATI MANGSA DITIKAM SEBANYAK 2 KALI
Selepas panggilan itu diterima pasukan kecemasan, paramedik dan polis bergegas ke lokasi kejadian. Suspek ditemui tidak berganjak daripada sisi mangsa di lokasi terbabit. 
Berdasarkan laporan polis, Say mengaku melakukan pembunuhan itu ketika kedua-dua anaknya lena tidur, jam 8 pagi hari kejadian. Mereka ditikam menggunakan pisau. 

Sebelum pembunuhan berlaku, jiran suspek pernah menghubungi polis beberapa kali berikutan tindakan suspek menyerang bekas isterinya. 

Lanjutan kes pembunuhan itu, Say dihadapkan ke mahkamah pada Mei beikutnya dan pada 9 Disember lalu, suspek disabitkan kesalahan dengan jenayah itu. 

Berdasarkan hujah pendakwa raya, Ed Brown, jenayah dilakukan Say sukar diterima memandangkan mangsa adalah darah dagingnya. 

“Siasatan mendapati kepala Rolls dihentak dengan benda keras hingga mengakibatkan pendarahan di otak, malah kedua-dua mangsa turut ditikam. Ini bukan tindakan rasional bagi bapa yang sepatutnya mencurahkan kasih sayang kepada anak,” katanya. 

Mahkamah turut mendedahkan, pembunuhan berpunca dengan sikap ganas, cemburu dan kecewa suspek. Say dijatuhi penjara seumur hidup tanpa parol. 

Mengulas kes, waris terdekat ibu mangsa, Yolanda, berkata sehingga kini Adjoua masih trauma dan sedih. 

“Apa yang berlaku adalah mimpi ngeri buatnya. Sukar untuk Adjoua menerima kematian anaknya yang berpunca daripada perbuatan bapa (mangsa). 

“Dia tidak dapat tidur malam dan pada masa sama, dia masih merindui anak-anaknya,” katanya. 



INFO: 

SUSPEK: Jean Francis Say 
UMUR: 62 tahun 
TUDUHAN: Membunuh 
LOKASI KEJADIAN: Southwark, London, England 
TARIKH KEJADIAN: 13 Februari 2011 
MANGSA: Regina, 8, dan Rolls, 10 

FAKTA JENAYAH: Akibat cemburu dan enggan terima hakikat bercerai dengan isteri, Say membunuh anaknya, Regina dan Rolls yang tidur di rumahnya ketika mangsa dalam sesi lawatan hujung minggu. Suspek kemudiannya menghubungi bekas isterinya untuk memaklumkan kejadian itu sebelum menghubungi talian kecemasan untuk menyerah diri. Dia ditahan di lokasi kejadian. 

FAKTA KES: Say dibicarakan mulai Mei lalu. Pada 9 Disember lalu, Say disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

BERITA DARI HARIAN METRO,FOTO DIAMBIL DARI

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...