Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 20 December 2011

GUNA DAKWAT KEKAL DI PRU-13


PUTRAJAYA - Dakwat kekal silver nitrate akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Beliau berkata, dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, tetapi tidak digunakan ketika itu selepas keberkesanan kaedah itu dipersoalkan pelbagai pihak.
Menurut beliau, dakwat kekal yang mengandungi silver nitrate itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan oleh orang Islam.


Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum, katanya. "Oleh kerana ia berlainan sumber (daripada yang sepatutnya digunakan pada 2008), maka ia perlu melalui proses semula seperti dulu. Ia bukan dakwat yang sama. "Dakwat ini mengandungi logam silver nitrate yang apabila dicalit di jari (di kuku) ia akan diserap dalam kuku kulit. 


Lagi tinggi peratus silver nitrate, lagi lama ia kekal di jari," kataya pada sidang media di sini semalam. Abdul Aziz berkata, penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...