Aneh tapi benar dan bukan pelik jika ianya betul-betul berlaku.Seorang pemuda dari negeri China yang bernama Wang telah membawa duit syiling seberat 300 kilogram hasil dari jualan kuih dan mee.Aku tabik kat Mamat ni sebab mampu berjimat cermat kerana keinginannya untuk membeli kereta dari hasil titik peluhnya,biasanya pada hari ini orang tak lagi pandang pada duit syiling,bagi kat budak-budak pun taknak,dibaling pula tu.
Biasanya kita pernah lihat orang beli kereta guna cek atau wang tunai dalam bentuk kertas,tapi saudara kita ni lain cerita pula,dia hanya bawa beberapa karung yang berisi duit syiling yang bernilai 60,000 yuan(9,132USD)
untuk membayar kereta(Cherry).Wang telah menggunakan sebuah van untuk mengangkut duit tersebut.
Tapi menurut ceritanya ada pula masalah,iaitu kesukaran untuk menukar duit tersebut di bank.Pihak bank telah memberi alasan amat sukar untuk mengiranya,tapi beliau bernasib baik kerana ada sebuah bank yang sanggup menerimanya,itupun hanya sebahagian sahaja(15,000yuan)
No comments:
Post a Comment