Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 27 December 2011

"KU JUAL HARTA DEMI MU AWANG HITAM"

KUALA LUMPUR: Tidak semua wanita yang menjalin hubungan dengan warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘Awang Hitam’ diberikan kemewahan, sebaliknya ada antara mereka yang papa gara-gara dikikis golongan licik berkenaan.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Imam Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek  berkata, pihaknya sendiri pernah menerima kes membabitkan wanita yang kehilangan rumah dan harta benda lain akibat terpedaya dengan cinta palsu Awang Hitam.

Menurutnya, perkara itu jelas menunjukkan kesan negatif bakal dilalui mangsa yang tidak hanya terhad sebagai hamba seks mahupun pukul, sebaliknya wang ringgit juga mampu habis dikerjakan lelaki berkulit hitam itu.

“Dalam satu kes yang kita terima, seorang wanita warga emas sanggup menjual asetnya termasuk rumah hanya kerana terpedaya dengan janji manis Awang Hitam yang dikenali menerusi Internet. Lelaki itu konon akan berkahwin selepas wang yang mahu dilaburkan dalam perniagaan jongkong emas bernilai jutaan ringgit dipindahkan kepada wanita berkenaan.

“Ini yang kita risaukan kerana wanita terlalu cepat tertipu. Semua kegiatan Awang Hitam yang sudah dibongkar sepatutnya dijadikan iktibar supaya tiada lagi wanita tempatan tidak kira bangsa apapun terperangkap dengan tipu helah mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, susulan kes berkenaan, beliau menasihatkan orang ramai khususnya wanita berhati-hati ketika berurusan dengan warga Afrika walau dalam apa keadaan sekalipun.
Sementara itu, Pakar Motivasi, Prof Izzi Ali menasihatkan wanita di negara ini tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan limpahan kemewahan ditawarkan Awang Hitam berikutan punca wang itu masih belum jelas.

“Selidik dulu latar belakang mereka, jangan terlalu percaya dengan apa yang mereka katakan walaupun secara lahiriah ia nampak betul. Paling penting, berpegang pada agama supaya diri tidak mudah tergelincir lebih-lebih lagi ke lembah maksiat,” katanya.



2 comments:

Unknown said...

awang hitam ni jahat, pompuan puan kena la hati2, jgn asik terpedaya je

Blogger said...

Tapi pasal apa la pompuan bangsa kita tergedik2 kat mereka,kerana apa agaknya???

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...