Perempuan atau lelaki akan bertambah berat badan bila kahwin,bila berat badan bertambah itu maknanya saiz badan bertambah montel ataupun gemuk.Ini bukan mitos kerana ianya ada kebenaran.satu penyelidikan telah dibuat oleh American Sociological Association,perkahwinan boleh menyebabkan kegemukan yang signifikan.
-gambar sekadar hiasan-
Hasil dari penyelidikan ini wanita akan bertambah berat badannya sebanyak 33% pada skala yang rendah,pada kadar yang lebih tinggi boleh mencapai sehingga 48%.Tapi jangan terburu-buru,kita tidak boleh menerima hasil penyelidikan ini secara bulat-bulat,yang menjadi penyebabnya kerana perubahan pada polar pemakanan,maksudnya kalau dahulu sebelum kahwin mungkin jadual pemakanan kita tak sekata dan tak teratur.Faktor kedua yang menjadi penyebab ialah makan berteman,kalau dulu tak berselera kerana keseorangan tapi kini berdua,yang pasti memang berselera.
Penyebab yang ketiga ialah,biasanya setiap pasangan yang baru kahwin akan mencari resepi-resepi yang baru untuk dijadikan menu setiapa hari,setiap hari menu yang berlainan dan kekerapan makan diluar juga antara penyebab.Suami juga akan makan sampai habis setiap masakan yang dimasak sebagai tanda penghargaan kepada isterinya.
Mengapa kita boleh katakan perempuan lebih mudah gemuk dari lelaki,lelaki lebih banyak pergerakan berbanding perempuan,dengan ini kadar pembakaran kalori lebih cepat berbanding perempuan,namun begitu itu mungkin hanya sekadar teori dan penyelidikan sejauh mana kebenarannya itu terserah.
No comments:
Post a Comment