Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 27 June 2011

YANG LEMBUT NAK JADI KERAS,YANG KERAS NAK JADI LEMBIK

Hidup hari ini kena banyak beristighfar sebab apa,apa yang dibimbangi sudah menyelinap masuk kenegara kita Malaysia dan apa yang sedih ianya melanda umat melayu beragama islam.Isu cinta sejenis ini amat meloyakan,GAY,budaya cinta antara lelaki sesama lelaki atau lebih dikenali Homoseksual dan termasuk juga
dalam jenis perempuan tiruan atau nama saintifiknya "Pondan".Cinta sejenis sesama perempuan atau LESBIAN,seorang berlagak jantan(penkid) dan seorang lagi adalah perempuan,padahal mereka ini adalah perempuan.Mereka menubuhkan kelab Gay dan Lesbian dan bebas melakukan sex sesama mereka.
Ini bukan isu baru dinegara kita,sudah lama dan bertahun-tahun.Setiap hari ia kian bercambah, cuma ia menjadi suatu isu hangat bila keluar di akbar dan banyak pihak yang melatah dan berjanji akan membendung gejala ini dan akhirnya tengelam dan kemudian timbul balik,begitulah kesudahan bila umat melayu sudah menjadi hancur lebur.Isu pondan atau gay juga berlarutan tanpa kesudahan,mereka sudah menjadi aset dan duta kepada pelancong yang minat pada cinta sejenis,Lorong Haji Taib siapa yang tak kenal,syurga bontot kepada yang minat main bontot.Gila kalau sekali difikirkan segelintir pelanggan adalah lelaki normal yang dah ada isteri dan yang lebih gila bila ada yang sanggup dijadikan isteri kedua,sila baca kisah dibawah:


                  Antara gelagat yang meloyakan kita


KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand. Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan. Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’, dia menerima kejutan lebih besar apabila watak isteri kedua yang didakwa suaminya langsung tidak wujud. Malah, ‘isteri kedua’ itu rupa-rupanya pondan yang sering dijadikan teman tidur suaminya apabila kononnya tiba giliran bermalam di rumah isteri baru. Mahu dikenali dengan nama Sara, 35, wanita ini menuntut cerai selepas suaminya mengakui ‘tawar hati’ dengan belaian wanita, sebaliknya lebih menyukai pondan kerana pandai melayan dan mengambil hatinya. Menceritakan kisahnya ketika ditemui Metro Ahad di sini baru-baru ini, Sara mendakwa, sebelum rahsia itu terbongkar, selama 18 bulan hidup ‘bermadu’, suaminya menunjukkan kelakuan pelik apabila kerap meminta melakukan seks luar tabii.



“Mula-mula dia kata hanya mencuba, tetapi bila tiap kali ingin bersama, cara itu yang diminta dengan alasan cara biasa tidak memberi kesan kepadanya. “Walaupun tidak mahu kerana saya tahu ia salah, sama ada daripada segi undang-undang mahupun agama, saya terpaksa akur kepada permintaannya, lebih-lebih lagi apabila dia kerap merayu,” katanya.  Bukan itu saja, kerana percayakan hidup ‘bermadu’, dia juga sanggup menghulurkan RM500 hingga RM1,000 kepada suaminya yang memberi alasan kekurangan wang untuk membeli barangan dapur untuk ‘isteri keduanya’. Malah kerana kasihan, dia pernah memberi wang simpanan RM15,000 kepada suaminya yang menyatakan ia digunakan untuk membayar hutang perumahan ‘madu’nya yang tertunggak dan jika gagal, akan dilelong oleh pihak bank. “Sebenarnya, sebelum tembelangnya terbongkar, saya menerima aduan daripada beberapa kenalan yang menyatakan pernah terserempak dengan wanita lain. “Kerana itu saya sering desak suami memberitahu perkara sebenar hinggalah dia (suami) menyatakan sudah tiga bulan berkahwin dengan wanita yang dinikahi di sempadan Thailand.

Sungguh meloyakan bila kita membaca kisah diatas dan banyak lagi kisah atau cerita yang sama kejadian seperti ini.Penkid atau wanita berperwatakan seperti lelaki,mengapa dan kenapa mereka jadi begini.Antara sebab mereka jadi begini ialah sering dikecewakan oleh kaum lelaki lalu mereka berdendam akan menghancurkan pula kehidupan kaum lelaki.Cara yang mereka lakukan adalah dengan merampas mana individu yang bergelar wanita,tak kira samada ianya isteri orang atau atau sesiapa sahaja.Bila dapat masuk jerat mereka ini amat sukarlah untuk keluar maka ada yang sanggup meninggalkan suami kerana katanya dapat layanan istimewa dari kelompok manusia terlarang ini,maka aku menyumpah lah kalau ada si isteri yang lari mengikut penkid dan membuat pengakuan sebegitu.Suatu hal yang menyedihkan bagi lelaki yang bergelar suami bila isteri digoda dan dilarikan oleh kaum sejenis yang bergelar "penkid" sampai ada yang sanggup meninggalkan anak-anak...


Kisah-1:
  KUCHING: Sepasang suami isteri terpaksa terbang ratusan kilometer dari Melaka, semalam, selepas mendapat tahu anak gadis mereka berusia 16 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 23 hari lalu sedang bercuti di bandar raya ini bersama gurunya yang dipercayai seorang pengkid.

Abu Kassim Ismail, 58, dan isterinya, Faridah Hassan, 56, mendakwa membuat keputusan untuk datang ke Kuching sebaik mendapat tahu anaknya, Khalilah yang menghilangkan diri sejak 8 Oktober lalu, kini dipercayai berada bersama guru wanita berusia 24 tahun itu.
Abu Kassim yang bingung mengenai nasib Khalilah berkata, sebelum ini anaknya memiliki sifat baik dan tidak pernah membantah cakap ibu bapanya selain cemerlang mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.
Katanya, sebaik anaknya yang bersekolah agama di Melaka mengenali guru yang juga penyelia asrama berkenaan, pada April lalu, dia mengesyaki sesuatu pelik berlaku ke atas anaknya sehingga mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Khalilah tinggal di asrama.
Guru itu pernah datang dan tidur di rumah, malah saya langsung tidak mengesyaki niat buruknya. Saya mula sangsi selepas mendapat tahu anak saya sudah lama tidak ke sekolah tapi berada di rumah guru terbabit, katanya ketika ditemui, semalam.
Kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu hanya disedari selepas Khalilah dilaporkan tidak pulang ke rumah sebaik tamat persekolahan di sebuah sekolah agama di Melaka pada 8 Oktober lalu.
Pada hari kejadian, saya menghantarnya ke sekolah dan pada hari itu jugalah dia menduduki ujian. Namun, sehingga petang saya menunggunya, namun kelibatnya tidak muncul, sehingga saya membuat laporan di Balai Polis Jasin, Melaka, katanya.
Abu Kassim berkata, dia hanya mengesyaki Khalilah berada di Sarawak selepas menemui keratan tempahan yang dibuat di sebuah agensi pelancong di kediaman guru terbabit di asrama sekolah anaknya.
Kami kemudiannya ke agensi terbabit dan mengesahkan dia dan Khalilah bercuti di Sarawak, katanya.
Katanya, kehadiran mereka ke Sarawak diperkuatkan lagi selepas guru berkenaan dikatakan memberitahu rakan kepada anaknya menerusi laman Facebook pada Jumaat lalu.
Usaha Abu Kassim menghubungi guru berkenaan bagaimanapun gagal selepas telefon bimbit dimatikan.
Sumber : Harian Metro
kisah 2:
"SAYA seorang pengkid. Dari umur 14 tahun sampai sekarang, saya lebih meminati perempuan berbanding lelaki."Saya bahagia dengan cara hidup saya walaupun ramai yang mengecam. Asalkan keluarga tidak buang saya, saya tidak kisah untuk teruskan cara hidup begini sampai bila-bila."
Itu pengakuan Leen, seorang wanita berusia akhir 20-an yang mengamalkan gaya hidup songsang. Dia bukan tidak pernah meminati lelaki, tetapi sekadar untuk berkawan. Untuk jatuh cinta, dia lebih suka memadu kasih dengan kaum sejenis.

"Lelaki kadang-kadang terlalu ambil mudah banyak perkara. Mereka juga boleh jadi manusia yang rumit. Perempuan lebih memahami jiwa perempuan," katanya yang pernah dimalukan oleh lelaki ketika zaman cinta monyet sewaktu sekolah rendah.
Bertitik-tolak daripada itu, Leen tidak suka mendampingi lelaki selain keluarganya. Perkenalan dengan beberapa rakan yang mempunyai kecenderungan yang sama ketika di sekolah menengah dianggap sebagai pendorong untuk dia lebih menyayangi wanita.

Bertubuh kurus dan berdada rata, dia yang bekerja sebagai promoter di sebuah syarikat pemasaran di Seremban, Negeri Sembilan tidak pernah menyesal dengan perjalanan hidupnya."Mama dan papa pernah menegur cara saya, tetapi saya jenis anak yang degil. Mereka pernah marah, papa pun pernah pukul saya. Tapi selepas saya lari dan pengsan di sekolah kerana mengelar lengan sendiri, mama dan papa menjadi lebih liberal.

"Mungkin mereka tidak mahu saya mati kerana tertekan. Sekarang, selepas saya tamat sekolah dan lulus daripada kolej, mereka masih menegur saya, tetapi hati saya belum terbuka untuk tinggalkan semua ini.

"Mereka menyayangi saya. Asalkan mereka baik dengan saya, tidak ada alasan untuk saya jadi anak derhaka. Cuma dalam bab pendirian, saya mohon kebebasan daripada mereka," katanya.

AMBIL IKTIBAR DARI KISAH INI DAN CUBA BUAT RENUNGAN...


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...