Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 18 June 2011

DATUK SITI NORHALIZA SERTAI ASKAR WATANIAH

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air hari ini menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.
 Yang lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapten (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan serta Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM.


Ahmad Zahid berkata, penyertaan selebriti dalam Askar Wataniah dapat menarik minat lebih ramai individu terutamanya golongan belia.

"Matlamat kami mempelawa selebriti menyertai Askar Wataniah adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 


"Mereka kemudiannya boleh menterjemahkan dan menerangkan kepada orang ramai mengenai peranan tentera ketika berlaku peperangan dan juga dalam keadaan aman damai sekaligus menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai pasukan ini," katanya kepada pemberita selepas menerima borang itu di sini hari ini. 

Ahmad Zahid berkata latihan akan bermula tidak lama lagi dan semua peserta perlu menamatkan latihan selama 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. 

Terdahulu dalam majlis di Kementerian Pertahanan itu, artis terbabit menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam Askar Wataniah. 
Siti Nurhaliza ketika ditemui pemberita berkata penyertaannya dalam Askar Wataniah mampu membantu menguatkan mental serta fizikalnya. 

"Saya memang minat dengan aktiviti lasak malah saya pernah melalui latihan ketenteraan untuk sebuah program televisyen, tetapi menyertai Askar Wataniah ini tentu lebih berbeza dan memerlukan persediaan yang lebih. 

"Jadi bila ditawar dan diberi peluang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid serta kebenaran daripada suami, saya tidak melepaskan peluang ini. Saya juga mahu mengajak supaya peminat saya dan belia turut menyertai Askar Wataniah," katanya. 


Shaheizy Sam pula berkata beliau menyertai Askar Wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan. 

"Memang dari kecil saya teringin untuk berkhidmat kepada negara, jadi saya rasa bangga dan bersedia untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara dan ini boleh dijadikan sebagai platform untuk mengajak peminat turut menyertai," katanya. 

Aizat pula sangat teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan yang mencabar dan menguji minda seperti rintangan, kawad dan mengendalikan senjata setelah mendengar cerita daripada kawannya yang juga seorang anggota tentera di Singapura. - BERNAMA 

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...