Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 2 June 2011

SOSEH SOSEH-AKSI TERLAMPAU PRIMA,SHAHZ


KECOH apabila ramai pihak memperkatakan mengenai klip video artis baru Prema Yin Marilah, menampilkan aksi keterlaluan dan disifatkan sesetengah mereka yang sudah menyaksikannya agak menjolok mata.


Ada juga antara mereka yang sudah menyaksikan klip video yang disiarkan di laman sesawang artis itu dan turut diulang siar di beberapa laman sosial mengatakan ia terlalu berani bagi artis tempatan untuk menghasilkan klip video sedemikian rupa.
Rakan SS sudah menyaksikan klip video itu dan mengakui ada beberapa aksi terlalu berani dan kurang sesuai dengan masyarakat tempatan terutama orang Melayu beragama Islam.

Waktu sama SS, sempat juga melihat komen diberikan dan apa yang pasti sudah tentu klip video Marilah tidak sesuai disiarkan di televisyen tempatan, tetapi kalau disiarkan di MTV atau Channel V, okey saja.


SS difahamkan, klip video ini diarahkan pelakon sedang mencipta nama, Gambit Saifullah dan turut menampilkan Shahz Jazle yang dikatakan hangat bercinta dengan pelakon Neelofa.
SS terbaca satu kenyataan yang diberikan Gambit mengenai klip video yang diarahkan itu. Katanya, dia tidak mahu komen mengenai tanggungjawab moral membabitkan aksi keterlaluan yang ditampilkan menerusi karyanya.

Begitupun, dia mengakui klip video itu punya banyak kelemahan terutama dari sudut visual kerana sepanjang rakaman dijalankan, mereka terikat dengan masa menyebabkan kerja-kerja penggambaran dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

Pada SS, apa yang dilakukan Prema Yin dan Gambit semata-mata meraih publisiti, apatah lagi Prema bintang muda yang tidak dikenali. Dalam usaha mengenengahkan namanya sekali gus single terbaru dihasilkan itu mendapat perhatian, dia cuba melakukan menerusi klip video dihasilkan.

Cuma dalam hal ini, SS ingin jelaskan, artis tempatan tampil dengan tanggungjawab kerana pengaruh dimiliki. Menghasilkan sesuatu karya juga harus sesuai dengan sosio budaya sesebuah masyarakat.

Memang apa yang dilakukan itu dianggap berjaya kerana semua orang memperkatakan mengenai aksi panas Prema dan Shahz. Bagaimanapun, adakah kita mahu orang mengingati kita dengan perkara yang buruk atau baik? Tepuk dada, tanya selera.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...