Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 6 June 2011

PANTAI KEMAYANG

Berkelah di tepi pantai memang menyeronokkan tapi kadang-kadang berakhir dengan kesedihan dan penyesalan bila berlaku suatu tragedi.Lemas dan air memang tidak dapat dipisahkan.Kerana terlalu seronok
kita alpa seketika,tiba-tiba kita dikejutkan dengan jeritan anak-anak yang sudah hampir tengelam dek kerana kecuaian ibu-bapa,begitulah yang terjadi kehangatan dan keseronokkan yang digantikan dengan kematian orang yang kita sayang.

Entri aku hari ini tak ada kena mengena dengan lemas tetapi mengenai pantai,pantai kemayang begitulah namanya.Ia terletak di Kampong kemayang dalam daerah Bachok.Pantai ini seakan-akan pantai Sri Tujuh yang terletak di Tumpat Kelantan.Pantai ini istimewa kerana tak ada ombak kerana ia sudah menjadi seperti kuala kerana projek menambak laut untuk mengurangkan hakisan.Pada setiap hari cuti yakni hari jumaat dan sabtu memang ramai yang mengambil peluang membawa anak-anak bermain dan mengambil angin disini.

Dahulunya tempat ini terbiar,tapi kini telah diusahakan oleh kerajaan negeri dibawah Majlis Daerah Bachok.Gerai atau kedai telah didirikan dan disewakan kepada penjual asal kat sini dan selebihnya kepada mereka yang berminat.Anda boleh berehat sambil minum air kelapa,coconut shake,air tuak bersama keropok goreng sambil melihat nelayan pulang dari menangkap ikan yang masuk melalui kuala menuju kejeti yang berdekatan.Berhampiran dengan pantai ini terdapat tempat pengisian Gas cecair atau LPG yang dimiliki oleh
KELOIL SDN.BHD yang dapat memberi peluang pekerjaan pada penduduk setempat.

Bila berkesempatan bercuti diKelantan singah-singalah disini.Dalam perjalanan kesini kita boleh menikmati kemajuan dan keindahan di negeri Kelantan,dalam kesempatan ini saya ingin menjelaskan pada korang semua berita yang mengatakan negeri Kelantan ini mundur adalah bohong belaka,kepesatan  bangunan dan ruang niaga yang yang rata-rata milik orang melayu kelantan dan bangsa lain seperti kaum Thai dan Cina yang sama-sama berganding bahu untuk memajukan negeri Kelantan.







No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...