Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 17 June 2011

ISU BAZAAR TOK GURU-APAKAH HANYA GIMIK ATAU ISU CIPTAAN...

Apakah kesudahan dengan isu Bazaar Tok Guru,sekejap timbul dan sekejap tengelam.Beberapa hari lepas aku di khabarkan oleh sahabatku seorang pemandu kereta sewa,katanya banyak bendera Pas dipasar lama
MPKB  dan disertakan dengan sepanduk yang dipenuhi dengan berbagai kata-kata menghina dan tohmahan'
Naik malu kawan aku sebab hari itu dipenuhi oleh pelancong dari luar kelantan,maka berkatalah beberapa orang pelancong tersebut"Tok Guru yang sebegitu baik pun ada orang yang tak suka"...jawab kawan aku "biasalah makcik di Kelantan kan ada dua jenis manusia,puak kerajaan dan pembankang dan inilah kerja-kerja orang UMNO yang tak puas hati.
Selama ini mereka boleh berniaga dengan baik,tapi kenapa tiba-tiba mereka panas punggung,timbul tanda-tanya siapa membakarnya,siapa yang cucuk jarum kat punggung mereka ni....
dengar apa kata Nik Amar

Mengapakah isu ini masih berbangkit dan apakah akan terus berbangkit,teringat aku betapa sedihnya para peniaga Pasar Lambak ketika itu(1980'an) kerana bangunan UMNO yang hendak dibangunkan maka Pasar Lambak yang jadi mangsa terpaksa dirobohkan kerana alasan mencacat kan pemandangan.Peniaga telah di pindahkan ke Arked Uda(mara) dan terjadilah kejadian seperti ini.

Separuh dari peniaga telah pindah ke Bazaar Buluh Kubu dan timbul juga masalah pembahagian tapak ,ada yang ada kroni dapat kat depan dan sebaliknya,tanya hati siapa yang punya angkara.Suasana juga sentiasa panas sepanas Pasar MPKB ketika itu,sempit dan panas,tempat pula tak tersusut kerana pelan bangunan yang menyebabkan para pelancung dan orang setempat tak tahu yang disebelah atas ada kedai menjual pakaian,disebelah bawah adalah kedai menjual barangan kering dan restoren.Begitulah hebatnya kemelut politik pada masa itu.Seingat aku kalau tak silap pada tahun itu Kelantan diperintah oleh kerajaan gabungan Semangat 46 dan Pas.Semangat 46 adalah pecahan dari ahli UMNO yang keluar dan tubuhkan parti baru.Tapi kekuatan yang ada pada pasyang tak seberapa menyebabkan Semangat 46 lebih berkuasa.

Tapak Pasar Lambak didirikan taman yang diberi nama Taman Hijau yang akhirnya menimbulkan masalah sosial yang teruk.Taman tersebuk dijadikan port untuk membuat maksiat oleh muda-mudi,tapi kini Alhamdulillah segala-galanya telah berubah semenjak PAS mengambil alih tompok pemerintahan,dan hanya tinggalah puak-puak yang semacam ini yang tak pernah puas,senangtiasa tak senang untuk memperjuangkan
kecelaruan mereka.

Pasar lama MPKB,aku juga berpeluang berniaga kat situ dalam beberapa bulan,suasananya juga sempit dan panas.Isu juga timbul pada ketika itu tapi kemudian reda bila perniagaan mendapat sambutan.Sepetutnya bekas peniaga Pasar Lambak selayaknya harus bersyukur bila kerajaan negeri membela nasib mereka dengan
menyediakan tapak baru untuk berniaga.Kesian pada mereka-mereka ini,tapi kalau aku cakap korang marah,kalau  dah tahu kedai tu sempit korang tak usah pindah,pergi cari tapak baru kemudian binalah kedai yang besar dengan ruang berjalan kaki yang lebar,selebar-lebarnya mengikut selera korang,cari mereka yang kata nak perjuangkan nasib korang tu,sebenarnya mereka nak gunakan korang untuk kepentingan politik sahaja.



No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...