Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 11 June 2011

APAKAH ISTERI DI MALAYSIA SUDAH TIDAK TAAT DAN SETIA PADA SUAMI...

Apakah ini bukan suatu penghinaan kepada isteri-isteri melayu beragama islam bila dirinya di anggap sebagai pelacur kelas pertama yang harus melayan keperluan  seks suami dan maka lahirlah sebuah kelab atau pertubuhan isteri setia(taat)  dan apakah selama ini ramai isteri yang tak setia kepada suami.
bahagia di samping  dua isterinya..

Global Ikwan adalah sebuah organisasi yang bertanggung jawab kepada pembentukkan kelab ini.Saya tidaklah terlalu emosional dalam hal ini dan tidak pula ingin menempelak kepada mana-mana pihak.Secara jujurnya kalau dikaji dan diselidik mungkin ada banyak kebaikan,perbezaan ketara dari segi dan pangkat menyebabkan ramai isteri-isteri hari ini mengabaikan tanggung sebagai seorang isteri.Bila isteri memegang jawatan tinggi segala tanggung jawabnya telah tersasar kepada orang gaji,beginilah bila isteri berkerja dan berpangkat tinggi segala tanggung jawabnya kepada suami dan juga anak-anak sudah diabaikan.Islam tidak melarang wanita berkerja asalnya mengikut batasan dan garis yang ditetapkan oleh islam.

Mungkin kerana keadaan dan suasana hari ini maka tercetusnya idea untuk menzahirkan kelab isteri taat.Apakah dengan adanya kelab ini akan selesai segala kerumitan tersebut, mungkin boleh tapi pada kadar atau peratusan yang kecil sahaja,selagi institusi keluarga dan enakmen keluarga islam tidak diterapkan selagi itu masalah ini tidak akan selesai.Penerangan harus diberikan kepada wanita tentang keadaan atau apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang bergelar isteri,maksudnya bagaimana tahap pekerjaan dan pembahagian masa antara kerja dan tugasan isteri.Walau sebesar manapun pangkat isteri harus tahu batasan seorang isteri,jaga pertuturan,jangan meninggikan suara seolah-olah suami adalah staf bawahan kita.Penerapan nilai-nilai keluarga islam dan penghidupan secara islam adalah amat penting,maka tidak akan timbul soal menubuhkan sebarang kelab atau pertubuhan.

Suasana kehidupan hari ini yang lebih mementigkan pangkat dan wang ringgit kerana alasan keperluan untuk
menampung kos kehidupan yang tinggi bila berada di kota raya.Pada masa ini ramai wanita yang berkerjaya dan ramai lulusan-lulusan yang bakal menjawat jawatan tinggi atau yang bakal bergelar bos atau madam.Bila kita mempersoalkan keadaan ini maka dengan lantang mereka berkata apa guna belajar tinggi tapi akhirnya duduk didapur.Amat payah untuk kita nyatakan sebab sekarang banyak cerdik pandai dan badan atau pertubuhan yang kononnya untuk menjaga hak dan wanita supaya setaraf dengan lelaki supaya tidak ditindas.(gambar: Dr.Rohaya mohammad,naib presiden kelab)


Mari kita kembali fitrah dan kejadian wanita dan dimanakah tempat wanita yang menjadi orang yang dipimpin dan pemimpinnya adalah suami.Wanita boleh jadi doktor,lawyer dan apa saja pekerjaan yang layak selagi tidak menghalang tugasan sebagai isteri dan melanggar syariat islam.Pertubuhan atau kelab ini kalau dilihat tujuannya adalah untuk mengelakkan suami berselingkuh atau curang dibelakang,apakah akan ada nanti kelab suami setia untuk mengelakkan isteri curang.Secara jujur boleh kita katakan kerana isteri tidak taat pada perintah suami maka timbul pergolakkan di dunia hari ini dan lelaki juga begitu.

Urusan dan kepuasan di ranjang juga dapat menghindarkan dari perceraian,pelacuran  dengan mengajar isteri
patuh dan taat pada suami.Seorang ahli kelab tersebut dan juga seorang pengantin baru yang bernama
Ummu Atirah,22 tahun,dia tahu caranya membahagiakan suami,iaitu taat dan patuh serta memberi kepuasan
diranjang.....mungkin ini adalah satu kesedaran bagi kaum wanita betapa teruknya kadar perceraian di Malaysia.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...