Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 9 June 2011

PEMANDU BAS TERLAMPAU


JASIN: Seorang pemandu bas ekspres bertindak gila apabila menayangkan filem lucah sebelum cuba merogol seorang wanita yang menjadi penumpang terakhir kenderaan terbabit ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral
.Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, pemandu berusia 38 tahun itu melencongkan bas dipandunya ke ladang sawit di Jalan Tiang Dua-Bukit Kajang sebelum cuba merogol mangsa.

Wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi di Kuala Lumpur itu menegur pemandu berkenaan kerana menayangkan filem lucah ketika dia menjadi penumpang terakhir dalam bas.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengendahkannya, malah terus membuka seluarnya sebaik memberhentikan bas di kawasan sunyi.


Namun, wanita berkenaan bernasib baik kerana kebetulan dua anggota polis yang menaiki kereta peronda melalui kawasan itu dan terus memeriksa selepas melihat keadaan bas mencurigakan.
                           BUKTI...bas yang dipercayai menjadi tempat seorang wanita hampir dirogol malam kelmarin.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...