Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 9 April 2012

SHAHRIZAT-"SAYA PERCAYA QADA DAN QADAR"


shahrizat
BYE-BYE SEMUA...
KUALA LUMPUR - Sambil menyifatkan beliau seorang yang optimis dan percaya pada 'qada dan qadar", Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengakhiri tugas rasmi sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini, berjanji akan terus mencurahkan khidmat ke atas kumpulan sasar walaupun tanpa jawatan Kabinet.
“Saya akan teruskan khidmat saya terhadap kumpulan sasar kementerian walau di mana saya berada kerana saya amat menyayangi mereka.
“Walaupun tiada jawatan, tidak bermakna saya tidak boleh meneruskan khidmat saya kepada mereka. Saya akan terus berkhidmat,” kata beliau pada sidang media terakhirnya sebagai menteri Kabinet, di Masjid Wilayah Persekutuan sekitar jam 4.30 petang tadi.
Pada 11 Mac lalu, Shahrizat mengumumkan keputusan akan melepaskan jawatan menteri mulai hari ini - hari ini terakhir selaku anggota Dewan Negara. Keputusan itu dikaitkan dengan isu projek lembu daging Pusat Fidlot Kebangsaan, yang muncul kontroversi, diuruskan oleh National Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat diketuai suaminya.
Shahrizat dilantik sebagai senator pada 9 April 2009. Penggal pertama tiga tahun berakhir hari ini.
Katanya, mesej terakhir yang ingin disampaikannya ialah kepentingan untuk melihat masa depan kementerian dan kumpulan sasar.
“Masa depan kementerian dan kumpulan sasar adalah begitu mustahak dan saya harap dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) akan menang.
"Kita akan luangkan masa untuk kuatkan lagi jentera Wanita BN bagi menentukan kemenangan BN nanti. Saya seorang yang optimis dan saya percaya kepada qada dan qadar. Jadi, saya terima semua ketentuan ini dengan reda dan rela,” katanya.
Shahrizat turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana berpeluang menjawat jawatan menteri selama 11 tahun.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk jadi menteri.
“Kita di kementerian bertuah sebab bekerja dalam satu keluarga, suka duka kita dan kejayaan yang dicapai kerana kami di kementerian dan agensi di bawahnya sama ada di Kuala Lumpur mahupun di peringkat negeri hingga ke daerah, semua pegawai dan kakitangan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.
Beliau turut menyatakan rasa gembira kerana pada saat terakhir menyandang jawatan itu, isu berkaitan pembangunan sosial mendapat perhatian kerajaan.
“Saya gembira kerana pada saat-saat akhir perkhidmatan saya, pembangunan sosial terutama kumpulan sasar di bawah kementerian iaitu wanita, keluarga, orang kurang upaya, kanak-kanak, isu kebajikan, warga emas dan isu pembangunan sosial mendapat perhatian yang amat serius daripada kerajaan terutama dalam perancangan kerajaan.
“Saya rasa ini adalah satu anugerah kementerian kepada rakyat Malaysia, saya bersyukur kerana selepas saya lepaskan jawatan saya, kementerian ini akan berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya.
Ketua Wanita Umno ini tampil pada program yang terakhir selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Majlis Swadaya Tahfiz 1Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Program itu dihadiri kira-kira 1,000 pelajar tahfiz penyeliaan Persatuan Tahfiz 1Malaysia, yang juga salah satu badan bukan kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kesemua pelajar tahfiz yang datang dari seluruh Malaysia itu hadir untuk menyertai program kali ketiga yang dijalankan bersama Persatuan Tahfiz 1Malaysia.

No comments:

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...