Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 2 April 2012

BEKAS ANGGOTA POLIS KECEWA TAK TERIMA GANJARAN

KULIM — Seorang anggota pesara polis, Ibrahim Yasin, 83, dari Taman Kenari di sini berasa hampa kerana masih belum menerima ganjaran RM3,000 seperti diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Saya amat kecewa dan selalu tertanya-tanya kenapa saya seorang saja tidak mendapat bantuan itu,” kata pesara polis itu yang pernah bertugas sebagai ”Special Constable” atau SC sebelum menyertai pasukan polis, ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengemukakan belanjawan 2012 di Parlimen berkata, anggota polis yang berkhidmat ketika zaman darurat 1948 hingga 1960 dan 1969 hingga 1989 layak mendapat ganjaran RM3,000 tiap seorang.
Ibrahim yang bertugas selama 34 tahun sebagai anggota polis selepas perang dunia kedua hingga bersara pada 1983, kini tinggal bersendirian bersebelahan rumah salah seorang daripada 15 orang anaknya sejak kematian isterinya 36 tahun lalu.
Menurutnya, yang kini mengalami masalah pendengaran akibat kemalangan semasa bertugas, beliau telah mengisi borang seperti yang dikehendaki pihak berkenaan beberapa bulan lalu.
"Namun sehingga ke hari ini tiada pun sebarang surat menyurat mengenai permohonan itu yang diterima. Walau bagaimanapun saya akan terus menunggu,” kata Ibrahim.— BERNAMA

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...