Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 19 April 2012

2 GENG BUYUNG MATI DI TEMBAK


Polis tembak mati 2 anggota Geng Buyung
Polis tembak mati 2 anggota Geng Buyung
KOTA BHARU -  Dua penjenayah yang sangat dikehendaki,ditembak mati sepasukan anggota polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, suspek yang merupakan anggota "Geng Buyung" dikenali sebagai Elezulhelmie Ilias, 24, atau lebih dikenali sebagai 'Emi Lias', dari Bekelam, Bachok, dan rakannya, Ahmad Izzuddin Che Deraman, 24, atau 'Din Billion' dari Jalan Marican, di sini, mati di tempat kejadian.
"Polis telah membuat serbuan di sebuah bilik hotel di tingkat satu hotel bajet berkenaan selepas mendapat maklumat daripada orang awam dan apabila pintu dibuka dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis, dua lelaki Melayu terjun melalui tingkap bilik bahagian belakang hotel berkenaan.
"Polis telah cuba untuk menahan suspek, namun seorang daripada mereka telah melepaskan tembakan," katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.
Bagi tujuan mempertahankan diri, Jalaluddin berkata polis telah membalas tembakan dan menyebabkan kedua-dua suspek mati di tempat kejadian.
"Polis juga berjaya merampas sepucuk senjata api jenis pistol semi-automatik warna 'chrome' dan sebuah kereta jenis Proton Waja warna 'silver' yang digunakan oleh suspek.
"Semakan ke atas kenderaan ini didapati telah dilaporkan hilang pada 27 Mac lalu di Ajil, Hulu Terengganu," katanya.
Selain itu, Jalaluddin berkata polis turut merampas sepucuk pistol tiruan jenis Revolver warna 'chrome' buatan  China, dua bilah parang, empat keping kad bank, lima keping lesen memandu, satu kad pengenalan dan dua cukai jalan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan laporan kematian mengejut.
Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek telah terlibat dengan lapan kes jenayah yang berlaku sejak awal tahun ini di mana melibatkan tiga kes di Kota Bharu, dua kes di Pasir Mas dan tiga kes di Bachok.
Jalaluddin berkata pihaknya masih memburu saki-baki geng berkenaan yang dipercayai dianggotai kira-kira 10 orang dan dipercayai bergiat aktif dalam melakukan jenayah samun bersenjata dan bersenjata api di sekitar daerah Kota Bharu, Pasir Mas dan Bachok.
Sehubungan itu, Jalaluddin berkata pihaknya memohon orang ramai menyalurkan sebarang maklumat kepada mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7450999. – Bernama

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...