Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 30 April 2012

ANAK BEKAS TENTERA MATI DI TEMBAK

KOTA BHARU - Lelaki rakyat tempatan yang mati ditembak di pekan Sungai Golok semalam sebenarnya adalah anak bekas anggota tentera dan bukan seorang anggota tentera seperti yang disangkakan pada mulanya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa disangkakan seorang anggota tentera berdasarkan kepada pengenalan diri yang dijumpai pada mayatnya.

"Sebenarnya lelaki itu anak bekas anggota tentera yang menggunakan kad pengenalan bapanya," katanya kepada pemberita selepas program "policing walk-out" di sekitar bandar ini, hari ini.

Jalaluddin berkata, pihaknya akan bekerjasama membantu pihak berkuasa Thailand menyiasat kes itu bagi mengetahui punca sebenar kejadian pembunuhan lelaki berkenaan.

"Kami menyerahkan kepada polis Thailand menyiasat kes itu, kami hanya boleh membantu kerana ia berlaku di sebelah sana," katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang ingin memasuki Thailand supaya mengikut peraturan dan menggunakan laluan yang sah bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.

Beliau berkata, ini kerana penggunaan laluan yang tidka sah akan hanya menimbulkan kesulitan kepada pihak berkuasa kedua-dua negara.

Ditanya kes penemuan rangka seorang gadis di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh, minggu lepas, Jalaluddin berkata gadis berkenaan dipercayai menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh dan dibakar bersama motosikal yang ditemui di tempat kejadian.

"Polis telah menahan sembilan suspek, termasuk dua wanita yang dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan kes itu," katanya. - Bernama

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...