Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 17 April 2012

ENOT LEBIH TENANG SEKARANG

Pelakon dan pelawak Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengambil pendekatan untuk lebih beradab dari segi kata-kata selepas membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu.

Enot berkata, sebagai seorang wanita bertudung dia perlu menjaga batasan agar tidak mendatangkan persepsi buruk masyarakat terhadap imej barunya itu.
"Saya masih 'gila-gila' seperti dulu tetapi akan lebih menjaga batasan dalam percakapan atau pun perbuatan supaya ia tidak menimbulkan prasangka buruk mengenai perubahan saya kepada orang lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Mstar.

Tambah Enot, dia kini berasa lebih tenang dan yakin dengan dirinya semenjak mengenakan tudung dan bersyukur diberi hidayah untuk menutup aurat.

"Saya tidak pernah merancang untuk memakai tudung sebelum ini tetapi ia berlaku secara tiba-tiba ketika bangun pagi, sebulan lalu tanpa berfikir panjang.

"Suami, keluarga dan rakan-rakan juga memberikan sokongan yang baik terhadap perubahan ini," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kerjaya lakonan dan tawaran selepas “berhijrah”, Enot berkata walaupun pernah memikirkan mengenai soal itu sebelum ini, dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Baginya, sebagai seorang manusia yang mempunyai kudrat dia perlu berusaha dengan lebih gigih dan tidak hanya berharap rezeki datang bergolek kepadanya.

"Buat masa sekarang masih belum ada tawaran berlakon daripada mana-mana pihak tetapi sebagai saya yakin jika ada rezeki ia pasti milik kita," ujarnya.


SYUKUR ALHAMDULILLAH,SEMOGA DITETAPKAN HATINYA...

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...