Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 19 April 2012

PTPTN-AKTIVIS MAHASISWA DI DATARAN DI SERANG


SHAH ALAM - Aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka diserang oleh sekumpulan individu, yang menurut mereka kumpulan samseng, awal pagi tadi.
Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi.Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang ketika dihubungi awal pagi ini mengesahkan mereka diserang dan beberapa aktivis dimasukkan ke hospital.
"Ya, kami semua diserang 60 gengster, tidak tahu siapa dan mereka merobohkan semua khemah kami.
"Kami disepak diterajang ditumbuk dan dihalau dari Dataran. Tapi kami masih tetap di sini. Seorang sedang dapat rawatan kecederaan di Hospital KL.
"Masa itu kami dalam 40 orang. Yang cedera ringan dalam lima orang sebab dipukul. Seorang dibawa ke hospital," katanya lagi.(SH)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...