Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 7 April 2012

JUAL GINJAL SEBAB NAK BELI IPHONE 4

BEIJING - Lima ditahan di selatan China selepas seorang remaja menjual buah pinggang hanya kerana mahu memiliki iPhone dan iPad.


Antara yang ditahan termasuklah seorang pakar pembedahan yang mengeluarkan buah pinggang remaja itu pada April tahun lalu.

Laporan agensi berita Xinhua berkata, kumpulan itu menerima sekitar AS$35,000 (RM105,000) bagi proses transplan itu.Remaja itu dilaporkan berhadapan dengan masalah kegagalan ginjal berfungsi.


Hanya dikenali dengan nama keluarga Wang, remaja itu dilaporkan menerima kira-kira AS$$3,000 (sekitar RM9,000) bagi buah pinggang yang didermakan.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu dilaporkan menjadi sasaran menerusi perbualan di ruang sembang-sembang atas talian.Insiden itu dikesan oleh ibu remaja apabila menyedari anaknya menggunakan gadjet baru.

Apabila ditanya dari mana dia memperoleh duit, remaja itu dilaporkan mengakui telah menjual buah pinggangnya.Kumpulan yang terlibat dalam pembedahan mengeluarkan buah pinggang dituduh memperdagangkan organ secara haram.

Kedua-dua iPhone dan iPad sangat popular di China tetapi harganya sangat mahal sehingga tidak mahu dimiliki oleh kebanyakan pekerja di kawasan bandar.Pada masa yang sama China berhadapan dengan situasi kurangnya penderma organ.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa 1.5 juta orang memerulkan transplan, tetapi hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun.

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...