JAKARTA: Julia Perez yang lebih dikenali sebagai Jupe, enggan mengenakan jilbab sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan seorang ustaz.
Khabar mengenai usaha ibunya, Sri Wulansih untuk mengahwinkan artis yang penuh sensasi itu dengan seorang ustaz tersebar sejak beberapa minggu lalu tetapi hingga kini, identiti ustaz itu tidak pernah diketahui.
Khabar angin itu mencetuskan tanggapan kononnya Jupe yang sering muncul seksi di khalayak ramai akan mengubah penampilannya, menjadi lebih sopan.
Tetapi Jupe menolak permintaan itu dan menegaskan dia tidak akan berjilbab hanya kerana menjadi isteri ustaz.
“Saya akan berjilbab hanya kerana Tuhan,” katanya.

Malah, bekas kekasih Gaston Castano itu mengakui dia diminta ramai pihak untuk berpakaian sopan dan berjilbab.
Tetapi Jupe menolak permintaan itu dan menegaskan dia tidak akan berjilbab hanya kerana menjadi isteri ustaz.
“Saya akan berjilbab hanya kerana Tuhan,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini, dia enggan mengubah penampilannya. Katanya, Jika ustaz itu mencintainya, dia perlu menerimanya seadanya, termasuk cara penampilannya yang mendedahkan aurat. - Agensi
JUPE RELA KAHWIN USTAZ
JAKARTA: Demi untuk kebahagiaan ibu bapanya, Julia Perez rela sekiranya dijodohkan dengan seorang ustaz.
Julia Perez atau Jupe berkata, dia kini berserah setelah rancangan untuk bernikah dengan Gaston Castano menemui jalan buntu.
“Saya rela mama menjodohkan saya dengan seorang ustaz. Kami akan bertemu hari ini,” katanya ketika ditemui di Studio ANTV, Rasuna Epicentrum di Jakarta Selatan, semalam.
“Saya rela mama menjodohkan saya dengan seorang ustaz. Kami akan bertemu hari ini,” katanya ketika ditemui di Studio ANTV, Rasuna Epicentrum di Jakarta Selatan, semalam.
Katanya, dia hanya menurut kemahuan ibunya dan berharap ia keputusan terbaik.
Katanya, dia kini menurut kerana tidak mahu terus kecewa.
Julia yakin pilihan ibunya adalah yang terbaik.
Apabila ditanya bilakah dan di manakah pertemuan dengan ustaz itu akan dilakukan, Julia mengaku dia masih tidak mengetahui tarikh sebenar.
“Rancangan untuk bertemu di mana belum diketahui tetapi ia akan dibuat hari ini,” katanya. – Detikhot
sumber: hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment