"Kudaku lari gagah berani",tapi kuda ni kalau kena lagilah kuat melompat,sebut pasal pil kuda ni memang parah dah kat negara kita ni,khususnya anak-anak melayu,anak-anak sekolah baik lelaki atau perempuan ramai yang jadi broker jual pil kuda.Umur seusia 12 tahun dah perkena pil kuda yang senang dapat kat mana-mana.
Tauke kuda ni memang kaya dan dapat hidup mewah sebab tu ramai yang nak berniaga,tapi yang jualnya melayu, yang mampus pun bangsa melayu,itulah kalau undang-undangan boleh di jual beli.Sekarang toksah heran lah kalu ramai anak-anak muda yang hidup mewah dan berkereta besar,kalau nak di nilai dengan umur dan mereka ini bukan datang dari keluarga yang senang.Mak bapak pun aku rasa tak pernah tanya macam-mana anaknya yang masih di bangku sekolah dapat banyak duit dan hidup mewah,ada yang kata anaknya dapat biasiswa.....ceh! tengkorak kau, sekolah pun jarang pergi dan bukan pun pandai sangat,alih alih dapat biasiswa...anak dok berniaga depan rumah pun tak kan tak tahu,tapi duit punya pasal.Hari ni tangkap besok boleh keluar,sebab penjamin orang kuat lagi power,kadang-kadang terfikir juga aku,mana lebih berkuasa polis atau orang kampong yang lebih power,sebab diaorang ni boleh bawak keluar orang dalam lokap.......
Sinar Harian Hari Ini
BESUT – Rahsia kehidupan mewah seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun terbongkar selepas guru sekolahnya di Kampung Raja di sini mendapati dia membawa RM800 ke sekolah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar tingkatan dua itu disiasat oleh guru sekolahnya selepas melihat keadaan dia yang mencurigakan sejak belakangan ini.
Menurutnya, apabila disoal siasat gadis tersebut mengaku membawa wang dalam jumlah yang banyak hasil menjual pil kuda kepada bukan pelajar di luar sekolah.
“Pihak sekolah telah menyerahkan pelajar tersebut kepada polis dan hasil soal siasat pelajar berkenaan memberitahu dia telah menjadi pengedar dadah sejak hampir empat bulan lalu dan memperoleh bekalan daripada bekas teman lelakinya.
“Pelajar itu memberitahu mendapat upah kira-kira RM100 setiap kali dapat menjual dadah yang dibekalkan dan mendakwa dipaksa menjual dadah tersebut oleh bekas teman lelakinya,” katanya.
Kamaruddin berkata, pada jam 4.30 petang, Ahad lalu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah berjaya menahan teman lelaki pelajar itu di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun.
Menurutnya, sebelum itu, suspek berusia 19 tahun cuba melarikan diri sambil membuang satu uncang ke tanah namun dia berjaya diberkas.
“Pemeriksaan dalam uncang berkenaan menemui sebanyak 70 biji dipercayai pil kuda manakala pemeriksaan pada badan suspek menemui 30 biji lagi pil kuda menjadikan keseluruhan sebanyak 100 biji serta wang RM650,” katanya.
Kamaruddin memberitahu, kejayaan itu membawa kepada tangkapannya abang suspek berusia 34 tahun pada jam 5.15 petang hari sama di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Air Terjun.
Hasil pemeriksaan di rumah abang suspek menemui tujuh pil kuda di dalam rumah berkenaan.
Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan pelajar berkenaan negatif dadah tetapi abang suspek pertama positif dadah pil kuda dan kedua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama manakala abangnya di bawah Seksyen 12(1) dan Syeksen 15(1) akta yang sama.
No comments:
Post a Comment