Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 22 April 2012

GAJUS DADAH

SEPANG: Masukkan dadah dalam biji gajus plastik menjadi taktik terbaru dikesan kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, berikutan tertangkapnya seorang pemuda warga India, Khamis lalu.

Kes itu antara tiga tangkapan berasingan dilakukan unit berkenaan membabitkan rampasan dadah bernilai RM1.41 juta dalam tempoh 10 hari sejak 10 April lalu.Timbalan Pengarah Kastam KLIA, Siti Baya Berahan berkata, dalam kes pertama, seorang pemuda warga India berusia 23 tahun ditahan di Bangunan Terminal Utama KLIA pada jam 8.30 pagi sebaik melepasi kawalan kastam apabila tiba dari Chennai, India.
Katanya, suspek yang dua kali datang ke Malaysia sebagai pelancong hanya membawa sebuah beg tarik mengandungi beberapa helai pakaian serta beberapa bungkusan makanan seperti kacang dal, kacang kuda, kacang hijau dan lada kering India.

“Ketika begnya diimbas, kita dapati ada imej meragukan dan apabila diperiksa, beg itu mengandungi beberapa bungkusan makanan serta enam bungkusan seakan-akan biji gajus yang diperbuat daripada plastik dicampur dengan biji gajus asli.

“Pemeriksaan lanjut mendapati di dalam biji gajus plastik itu ada serbuk putih dan selepas diuji, ia positif dadah dipercayai jenis ketamin dengan berat kasar 9.557kg bernilai RM373,480.
“Biji gajus tiruan itu juga mempunyai lubang kecil dipercayai bagi memudahkan proses memasukkan dadah ke dalamnya sebelum disumbat dengan kapas bagi mengelakkan serbuk itu terkeluar,” katanya pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan di Kompleks Kastam KLIA, di sini, semalam.

Selain itu, Siti Baya berkata, pihaknya juga mengesan satu bungkusan mengandungi biji sagu tiruan dipercayai turut diisi ketamin dengan berat kasar 800 gram di dalam beg suspek.
“Suspek kini direman tujuh hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun ditahan di KLIA, 16 April lalu, selepas mendapati beg komputer riba dibawanya mengandungi imej meragukan ketika diimbas.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati satu ruangan khas di bawah komputer riba itu mengandungi serbuk putih kristal dipercayai dadah jenis methapetamin (syabu) dengan berat kasar 0.85kg bernilai RM212,500.

Menurutnya, suspek yang tiga kali masuk ke negara ini adalah pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur sejak Jun 2011.

Dalam kes ketiga, seorang lelaki warga Romania berusia 28 tahun yang pertama kali masuk ke negara ini ditahan jam 9.30 malam, 10 April lalu, sebaik cuba melepasi kawalan kastam.

“Suspek menaiki penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke KLIA. Ketika bagasinya diimbas, kami mendapati ada imej meragukan dan selepas pemeriksaan terperinci menemui satu ruang khusus di bahagian bawah beg untuk menyorokkan dadah.

“Kami berjaya menemui syabu dengan berat kasar 3.3kg bernilai RM825,000.

“Suspek ketiga-tiga kes kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Sementara itu, Siti Baya berkata, sehingga 20 April lalu, pihaknya berjaya melakukan lima tangkapan membabitkan rampasan dadah sebanyak 31.997kg bernilai RM3.68 juta, sementara enam suspek yang semuanya warga asing ditahan untuk disiasat dan dituduh di mahkamah.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...