Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday 5 April 2011

BILA MAMA PAKAI CELANA...

Bila mama pakai celana,tapi papa wat dek jer,sebab papa dayus,sebab papa gagal menjadi seorang pemimpin dan ketua keluarga.Tugas seorang pemimpin tak kira lah ianya suami,imam,penghulu dan sampai diperingkat yang lebih tinggi ialah PM,pastikan orang dibawah pimpinan kita berjalan dengan betul,......kecuali
kita dan terangkan dah nyatakan supaya orang dibawah pimpinan kita berbuat baik,tapi ia berdegil maka lepaslah tanggung jawabnya sebagai pemimpin.Suami berhak memukul isteri bila enggan menurut perintah,tapi bukan untuk menyakiti tubuh badannya,sekadar menyedarkan,pukul lah pada bahagian punggung kebawah dengan kain,jangan sampai melukai tubuh badanya.



Cerita pasal dayus ni banyak kaitannya atau kategori,yang nak diceritakan ialah pasal aurat,bukan urat, aurat wanita ni bukan dikepala sahaja tapi seluruh,kecuali muka dan tapak tangan sahaja.Ramai perempuan yang bertudung tapi masih mendedahkan aurat.Bertudung tapi menampakkan punggung sebab berpakaian ketat dan singkat.   Pendedahan cara berpakaian haruslah di terangkan oleh pihak berwajib,buat atau draf kot etika cara berpakaian mengikut islam,beri kefahaman apakah itu aurat dan bahagian mana yang boleh dipamerkan,sperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan yang mengundang berbagai spekulasi dan tohmahan,tapi memang sudah menjadi kewajiban bagi kuasa pemerintah melakukannya walaupun banyak bantahan dari pelbagai pihak,begitulah sulitnya bila ingin menyuruh orang berbuat baik.

Kebenaran membuka aurat hanya kepada yang haknya sahaja,seperti suami dan yang dibolehkan didalam islam.Kencantikan wanita bukan untuk dipamerkan,kalau dipamerkan mana darjat atau maruah kita sebagai manusia,maka jadilah kita seperti lembu dan kerbau....apakah kita mahu jadi seperti binatang,sebab kita manusia adalah semulia makhluk ciptaan Allah.Kecantikan tubuh badan adalah hak bagi suami untuk melihatnya,tapi kini telah berubah,kerana semua yang bukan menjadi haknya juga boleh melihat aurat isteri kita bila kita gagal mencegahnya,dayuslah kita sebagai suami bila gagal mendidik orang dibawah jagaan kita mengikut syariat Allah.

Bagi para wanita muslim, perintah untuk mereka menutup aurat adalah jelas dan tidak ada perselisihan di kalangan ulama silam berhubung makna firman Allah SWT di bawah:

“Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain yang biasa nampak padanya. Hendaklah mereka menutup (khimar) kebahagian dada mereka”.[TMQ An-Nur:31] 
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan wanita-wanita mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.





Antara sengaja atau tidak faham apa itu aurat maka ramai yang berpakaian tapi seperti telanjang,contohnya memakai pakaian yang jarang dan ketat senhinggakan menampakkan susuk tubuh,tapi masih bertudung.Mungkin kerana kebebalan mereka yang cuba melanggar perintah supaya menutup aurat.Aurat bukan hanya dibahagian kepala sahaja,bukan pada pada rambut,sebenarnya mungkin mereka bangga kerana mempunyai bentuk tubuh yang mengiurkan sebagai tarikan maka mereka akan berpakaian sebegitu,mereka tidak sedar mereka melakukan dua dosa,pertama tidak menutup aurat,kedua menyebabkan dosa pada kaum lelaki yang memandang dan yang paling berat bila pandangan itu berakhir dengan zina.

Latih anak-anak kita sejak kecil lagi supaya menutup aurat,baik anak lelaki atau perempuan,terangkan pada mereka apa itu aurat.Selalu bercerita kepada mereka bagaimana azab dan siksaan  bila tidak menutup aurat.


Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
  
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat.
PENAFIAN:Gambar yang diletakkan bukan niat untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai contoh untuk mudah difahami,sekiranya ada yang tersinggung saya mohom kemaafan dari anda semua....

2 comments:

noazri said...

lucah lucah

Blogger said...

Memang lucah dan menjolok mata...

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...