Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 29 April 2011

IBU TUNGGAL DAPAT 2 JUTA


KUWAIT Finance House (Malaysia) Bhd (KFHMB) memperkenalkan pinjaman tanpa faedah dan jangka masa pembayaran balik dengan peruntukkan RM2 juta bagi ibu tunggal memulakan perniagaan di Kelantan.Ketua Eksekutifnya, Jamelah Jamaluddin, berkata pinjaman itu adalah program tanggungjawab sosial korporat, dan Kelantan menjadi negeri pertama program perintis itu,

Salah satu cawangannya diMalaysia



“Peruntukan RM2 juta itu hasil diperoleh daripada bayaran penalti yang dikenakan ke atas peminjam lewat membayar pinjaman mereka. Bayaran penalti itu tidak boleh dikira sebagai pendapatan kewangan kami dari segi syariah.

“Oleh kerana ia tidak boleh dikira pendapatan kewangan, bayaran penalti itu yang nilai terkumpulnya melebihi RM10 juta, bank menggunakannya untuk program tanggungjawab sosial korporat, dan kita mulakan dengan RM2 juta di Kelantan,” katanya selepas majlis pembukaan rasmi KFHMB cawangan Kota Bharu yang dibangunkan dengan kos RM2 juta.
Pembukaan cawangan itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammed Kelima, adalah cawangan KFHMB kesembilan di Malaysia.
Jamelah berkata, had minimum pinjaman ialah RM3,000 dan pinjaman maksimum pula RM30,000.
Melalui program tanggungjawab sosial korporat itu, Jamelah berkata, ibu tunggal akan diberikan pinjaman memulakan perniagaan supaya dapat berdikari.
Sumber BERNAMA


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...