APO LA .NAIK PONING DEN ONDOK TERMUNTOH DIBUEKNYO(maaflah kalau salah),kawe doh pening,mace-mace hal ado,lepah sekaro-sekaro..pahtu bilo maso nok caro ko rakyat nyo weh..bo..bo la
naik pening doh rakyat.Guano gamok boleh pehe ko kawe royat gappo.Aku cakap"aku dah pening,macam-macam hal sekarang,lepas satu-satu,bila masa nak ambil tahu hal rakyat,cukup-cukup la rakyat dah naik pening".
Siapa mahu peduli
Isu lubang tahit(liwat) belum selesai,timbul pula video lucah dan sekarang poco-poco apo bondo ni,poning den.Kadang-kadang malas aku nak ambik tahu benda-benda macam ni,tapi terpaksa sebab aku manusia normal,nanti dikata macam tahit dibawah tempurung,peribahasa ni aku sengaja guna sebab selalunya manusia buat jahat tapi nak sembunyi tapi akhirnya terhidu juga baunya tak pun ada lalat yang menghurungi.Timbul persoalan mengapa benda-benda macamni harus terjadi kat negara kita.Cerita macamni tak payah promosi semua orang suka,di merata pelusuk negara,bangga ke kita kalau negara kita jadi bahan tontonan dan bahan jenaka,bagi aku tak nak rasanya kecuali benda-benda yang menarik,yang baik dan itu bolehlah rasanya.
Isu sebegini di pertontonkan, bagaimana isu keruntuhan moral anak bangsa kita,khususnya melayu islam,isu artis minum arak dan berpakaian menjolok mata sehingga menampakkan benda yang tak sepatutnya,ada ke siapa peduli,masing-masing buat tak nampak.Kini isu poco-poco ada negeri mengatakan haram,ada yang cakap memeningkan rakyat dan paling sedih ada pula yang kata tak perlu haramkan disemua negeri.apa cerita ni...kalau dah terbukti benda ni haram kena la kata haram tak semestinya di Perak sahaja.
Aku pernah bercakap dengan kawan aku dan kebetulan isterinya asal orang kristian, maka berkatalah isterinya"kalau dipandang pada perilaku orang islam rasanya tak ingin masuk islam,tapi bila di lihat pada agamanya itulah yang sebaik-baiknya"begitulah katanya.Sebut pasal perilaku sesetengah orang islam ni teringat aku satu ketika ada dua orang saudara baru berbangsa cina yang datang datang dari melaka dan berceramah di Dataran MBKB (sekarang dah tak ada sebab dah jadi jalan).Beliau menerangkan pelbagai persoalan yang rasanya orang islam(yang rasa dah cukup islam) pun tak boleh nak terangkan termasuk aku juga la gamaknya.
Beliau menerangkan bagaimana wanita tak boleh kahwin empat sedangkan lelaki boleh(sebab ada yang mengatakan kenapa perempuan tak boleh buat sedangkan lelaki boleh) dan banyak lagi lah yang diceritakannya.Kita merasakan kita ini terlebih islam dan islam itu milik bangsa melayu sedangkan orang cina kat negeri China itu terlebih awal menerima islam dari kita.Suatu ketika satu rombongan tabligh dari Malaysia pergi ke Cina untuk menjalankan kerja dakwah dan disambut dengan mesranya oleh warga cina yang beragama islam.Lalu bertanya lah orang cina islam kat sana apakah tujuan keombongan kedatangan rombongan tersebut maka menjawab lah ketua rombongan akan tujuan sebenarnya.Bertanya pula warga cina muslim itu apakah kesan-kesan peninggalan sahabat nabi kat Malaysia dan jawabnya tentulah tak ada,maka tersipu-sipulah sudahnya.
Aku tak berniat untuk menghina tapi kenyataan harus diterima,tak salah kita menziarahi orang-orang sesama islam tapi jangan mendabik dada yang kita bangsa melayu ini terlebih islam dari bangsa lain,kita lihat saudara baru,bagaimana dia mendalami agama islam dan mengamalkan dengan sepenuhnya tapi bangsa kita yang katanya terlebih islam,apa yang mereka buat,mereka mabuk kerana minum arak,penagih dadah,berpakaian menjolok mata dan hampir nak telanjang,tak malukah kita ditertawakan oleh orang bukan islam kerana bangsa menjadi jaguh dalam segala hal.
Ingatlah segala kemungkaran kalau tidak ditegah akan menjadi rutin harian bagi pengemar maksiat,maka kita bakal mengundang bala dari Allah,bertaubatlah wahai bangsaku,cari jalan kebenaran.Bangsa lain dah berubah arah,dah ramai memeluk islam(bukan peluk islam sebab nak peluk wanita melayu) tapi kita dimana kesudahannya,jangan menunggu sehingga nyawa dihalkum tak ada gunanya.Hidup ini tidak lah lama,paling lama pun mungkin 70 tahun itupun umur subsidi dari Allah.Buah kelapa tak semestinya gugur bila dah tua,putik pun boleh gugur apatah lagi kita manusia.
Kita adalah seorang pengembara yang berhenti sekejap untuk mencari bekalan dan akan meneruskan perjalanan kesuatu destinasi yang kita semua akan pergi iaitu alam akhirat.Carilah bekalan semasa diberi waktu sebelum sampai satu waktu iaitu mati.wang dan harta,pangkat dan kekayaan sudah tak bernilai kecuali segala amalan,baik atau jahat,dosa atau pahala dan penentunya syurga atau neraka.
JADI LAH UBI YANG TERTUTUP RAPAT
TIDAK SEPERTI KEK COKLAT YANG DIHARUNGI LALAT
No comments:
Post a Comment