Semasa aku remaja aku suka berkawan dan bersembang dengan warga tua,pengayuh beca atau orang yang sudi bercakap dan berkongsi ilmu dengan aku.Banyak kelebihan bila kita selalu berdampingan dengan
dewasa ni...tapi kena tengok jenis dan spesis la,takut terkena yang jenis tua yang tak menjadi,tapi menjadi-jadi.Ini kisah benar yang pernah diceritakan oleh seorang pakcik kepada aku.Kisah seorang pemuda yang pendiam dan tak banyak karenah dan kuat beribadat.Kerja pemuda ini hanya buruh kasar kat Singapura,sebab pada tahun tu(1980an) ramai yang berhijrah ke Singapura dan bukan rakyat kelantan sahaja.
Pintu masuk ke Thailand
Oleh kerana desakan hidup maka pemuda itu selalu ke Singapura untuk berkerja,masa tu kerja banyak kat sana,kerja rumah batu orang kelantan cakap.Bila ada kelapangan dia akan balik sekejap untuk melihat ibunya,ayahnya sudah lama meninggal dunia.Setelah itu akan pergi ke Singapura balik,begitulah rutin kehidupanya.Bila berada disana ramai rakan dan kenalan,bermacam ragam dan corak kehidupan antaranya ialah pergi ketempat pelacuran,bukan pergi saja tapi....tahu-tahu sajalah malah nak cerita.
Suasana di Pekan Golok
Walau bagaimanapun pemuda ini dapat menahan nafsu serakahnya,kadang-kadang ada juga keinginannya tapi kerana dosa maka dilupainya.Masa muda banyak dugaan,jiwa muda selalu memberontak kerana bisikan syaitan maka ia menjadi tidak tenteram,nafsu ingin mencuba berbuak-buak,nak dicuba terfikir akan akibatnya yakni dosa kerana berzina nanti deketahui oleh rakan-rakan lain pula jadinya...kerana aku ini selalu mengikut suruhan Tuhan(Allah) dia menjadi pening lalu pulang kekampung.Dalam perjalanan ia berfikir bagaimana nak melepaskan nafsu serakahnya.Golok,tapi bukan golok yang digunakan untuk menebas,tapi Pekan Golok itulah yang difikirkannya.Memandangkan Pekan Golok dengan kelantan tidaklah begitu jauh,hanya bersempadankan sungai,terserah naik bot haram atau melalui imigresen itulah bermain dikotak fikirannya.
Maka ia pun menanam tekadnya,dia nekad "apa-apa pun aku kena pergi" maka berangkatlah pemuda itu,ternyata syaitan telah berjaya mengoda anak Adam ini...bersoraklah segala puak dan kroninya.Hendak berbuat dosa bukan susah banyak kemudahanya,bila kita masuk ke Golok orang kedua yang kita jumpa adalah motor tambang atau dipanggil "set nambang" dan ianya mengikut giliran macam kat teksi station. Dengan berbekalkan sebuah motor dan uniform maka tugasnya mencari penumpang.Dari pengalaman aku bila masuk je ke Thailand maka terbayanglah kat motor tambang ni yang kita nak cari pelacur,dia akan bodek kita,sebab apa dia ada komisyen dari pemilik hotel kat sana."Mari be kita gi rumah ijau" itulah perkataan pertama yang diucapkan denga selanga melayu Thai.Apa benda rumah hijau ni fikir aku,itulah tempat berseronok dengan pelacur,aku bernasib baik kerana yang bawa aku tu pandai Put Thai(cakap Siam) apa yang dicakapkan aku pun tak tahu.
Yang berjaket itu ialah pemandu motor tambang,tapi tak semualah yang bermasalah...
Berbalik kita pada cerita pemuda tersebut,maka dihantarlah oleh motor tambang tersebut ketempatnya.Maka booking lah seorang mek siam,layanan yang yang diberikan sungguh special,ditanggalkan pakaian pemuda tersebut dan dimandikan....bermulalah saat-saat keindahan macam suami isteri yang membezakan ianya haram,berdayunglah pemuda itu sepuas-puasnya tapi kenikmatan itu rupanya sementara,musibah yang datang...anunya melekat,berbagai cara dicuba tak berhasil.Pilih antara satu,siapa mahu mati,siapa mahu hidup dan semestinya pemuda itulah harus mati sebab kat negara orang lagipun wanita itu adalah aset yang berguna untuk buat duit.Berakhirlah riwayat pemuda itu bila anunya terpaksa dipotong.
Berdasarkan kat pengenalan dan butiran kat ic maka berita kemataian ini disampaikan kepada ibunya,teramat
aiblah ibunya ibunya,sukar untuk menerima cara kematian anaknya tapi apakan daya kerana sudah benar dan nyata...sedih aku bila mengingati kisah ini,kerana kesalahan yang pertama tapi berakhir dengan kematian yang tragis..moga menjadi tauladan untuk semua.
*Gambar sekadar hiasan*
P/S:Ya Allah ya tuhanku ampunilah dosa-dosaku,dosa seluruh umat islam dimuka-bumi ini ,dosa pemuda ini,lindungilah aku,ahli keluargaku dan seluruh umat islam dari fitnah didunia ini..Amin.
No comments:
Post a Comment