Ini bukan kisah Superman atau keluangman tapi kisah Posman yang menjadi dalang penipuan kad kredit palsu,dulu kecoh pasal imegresenman pastu kastamman, satu demi satu kisah
orang kerja kat jabatan kerajaan telah terbongkar nampak gayanya dunia hari ini banyak yang palsu.
KUALA LUMPUR: Tujuh posmen dan seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menjadi dalang sindiket penipuan kad kredit ditahan dalam beberapa serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada 1 April hingga 9 April lalu.
Sindiket yang menggunakan khidmat posmen bagi memintas kad kredit mangsa itu akan membayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit dipintas.
Difahamkan, mereka turut dibantu lima individu lain termasuk dua lelaki dan tiga wanita dipercayai sudah menjalankan kegiatan itu sejak 2009 hingga membabitkan kerugian RM1 juta.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tangkapan pertama dibuat pada 1 April lalu, kira-kira jam 5 petang, apabila seorang lelaki berumur 37 tahun ditahan di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras kerana cuba mengambil bungkusan yang mengandungi kad kredit yang didaftarkan atas nama seorang wanita.
“Pejabat Pos cuba menghubungi wanita yang menjadi pemilik kad berkenaan namun dia menafikan sudah mendapat kad kredit yang dipohon.
“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek juga menggunakan kad pengenalan palsu atas nama pelanggan yang menjadi sasaran mereka bagi menuntut bungkusan kad kredit berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.

Beliau berkata, selepas posmen terbabit membawa keluar kad kredit yang akan dipos kepada pemiliknya, anggota sindiket bertindak menukar cip asal dengan yang palsu.
“Mereka akan mengeluarkan cip yang ada pada kad kredit asal dan meletakkan pada kad kredit lain sebelum pegawai JPN berkenaan mengesahkan identiti sebenar pemilik kad kredit itu untuk digunakan anggota mereka,” katanya.
Katanya, kad kredit asal akan ditampal dengan cip yang palsu sebelum kad kredit itu dipulangkan semula kepada pemilik secara pos sekali gus berjaya mengaburi mata mangsa yang ‘terkena’.
Susulan penahanan semua suspek itu, polis merampas 10 keping kad kredit, sebuah kereta, 19 telefon bimbit dan 11 sampul surat yang mengandungi kad kredit.
Sementara itu, tujuh posmen dilapor ditahan itu sudah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta merta.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd Datuk Syed Faisal Albar berkata Pos Malaysia kesal dan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu walaupun ia adalah kes terpencil.
“Pos Malaysia Bhd sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan kes-kes dan perbuatan salah laku atau merosakkan surat dan item mel dan tidak memaafkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab di kalangan kakitangan pos,” katanya dalam kenyataan semalam.
HARIAN METRO
P/S:Sukar untuk mencari kejujuran,pada siapa harus kita mempercayai,manusia lebih mementingkan wang
ringgit dari pahala,manusia sudah tak takut dosa-sesungguhnya Allah itu bukan pendusta,tunggulah bala
dan azabnya yang akan tiba,bila kita gagal mencegahnya semua akan turut merasa,tidak terkecuali pada
mereka yang sering membuat pahala....

No comments:
Post a Comment