Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 8 April 2011

SUAMI GILIS ISTERI




KUANTAN: “Peristiwa paling tidak dapat saya lupakan ialah melihat sendiri tayar kereta dipandu suami menggilis lutut kanan saya.
“Kejadian berlaku selepas dia melafaz cerai serta menolak saya hingga jatuh terlentang di atas
jalan,” kata suri rumah yang mahu dikenali sebagai Imah ketika menceritakan kejadian yang berlaku di Balok, di sini, awal pagi semalam. 
Sebelum kejadian, Imah, 35, dari Dungun, Terengganu, mengunjungi suaminya yang bekerja di Balok dan berlaku pertengkaran antara mereka, selepas ‘menangkap’ suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain.

“Saya cuba memujuk suami kembali ke pangkuan keluarga, tetapi dia marah dan lebih pedih apabila suami melafazkan talak beberapa kali.



“Dia menolak saya dengan kuat menyebabkan saya jatuh terlentang dan ketika itulah kereta dipandunya menggilis lutut kanan saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.Menurutnya, adiknya membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan dan membuat laporan di Balai Polis Beserah sebelum mereka pulang ke Dungun, malam kelmarin. 


Imah berkata, dia datang ke Balok bersama tiga anak serta dua adik lelakinya mencari suami yang sudah dua minggu tidak pulang ke rumah mereka di Dungun.

Menurutnya, suaminya berusia 39 tahun, bekerja sebagai mekanik mendakwa mendapat pekerjaan membaiki kereta di Balok menyebabkan dia berulang-alik dari Dungun sejak lebih dua bulan lalu.

Katanya, kecurangan suaminya dengan seorang janda anak dua mula dihidu mereka sekeluarga selepas suaminya bekerja di Balok.

“Sepanjang suami bekerja di Balok dan menumpang tinggal di rumah sepupu, saya menyedari perubahan sikapnya apabila dia tidak lagi menjawab panggilan telefon atau membalas SMS saya.

“Dia jarang pulang ke rumah dan jika pulang, semata-mata mengambil peralatan membaiki kenderaan yang ditinggalkan di bengkel di belakang rumah kami.

“Dia juga enggan bermesra dengan anak-anak dan pergi begitu saja tanpa meninggalkan wang belanja menyebabkan saya sekeluarga hidup dalam keperitan kerana saya tidak bekerja,” katanya.

Imah dan suaminya sudah 16 tahun berkahwin dan mempunyai tujuh anak berusia antara sembilan bulan hingga 15 tahun.

Bagaimanapun, akibat kesempitan hidup, Imah hanya memelihara tiga anak yang masih kecil manakala empat lagi tinggal dengan ibu mentuanya di Kuala Terengganu.

Menurut Imah, kegagalan suami pulang menjenguknya membuatkan dia nekad datang ke Balok tiga hari lalu untuk mencari suaminya dan berbincang mengenai masalah yang sedang dihadapi.

“Saya juga ingin mendapatkan penjelasannya daripadanya selepas rakan-rakannya yang simpati dengan nasib saya memberitahu suami mempunyai teman wanita di Kuantan. Niat saya hanya ingin menemui di samping berbincang mengenai masalah kami dan memintanya kembali ke Dungun serta bekerja saja di bengkel lama,” katanya.

Menurut Imah, sebelum kejadian dia menunggu suami di taman rekreasi berhampiran rumah sepupunya selama empat jam sehingga jam 1.30 pagi dan terpaksa masuk ke rumah sepupunya apabila anak bongsunya asyik menangis.

Kira-kira jam 2 pagi suaminya pulang dan terkejut melihat Imah, tetapi sempat memarahi anaknya yang berusia lapan tahun kerana menegurnya.

Imah menegur perbuatan suaminya serta mengajaknya berbincang dan apabila lelaki itu meluru keluar, dia mengikutnya dari belakang, tetapi terkejut kerana teman wanita suaminya berada di luar rumah bersama seorang lelaki.

“Ketika cuba memujuk suami kembali ke pangkuan keluarga, dia memarahi saya serta melafazkan talak beberapa kali sebelum menolak saya dengan kuat menyebabkan saya jatuh terlentang dan ketika itulah kereta dipandu suami menggilis lutut kanan saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Haris Daud ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.



Penafian:Gambar sekadar hiasan.

2 comments:

Admin said...

mcm2 hal terjadi skng ni

Blogger said...

Dunia dah akhir zaman

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...