Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 15 April 2011

AKSI SUMBANG DEKAT MASJID



MASJID TANAH: Memalukan apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai ‘port’ untuk melakukan aksi ‘ringan-ringan’.

Tambah menjengkelkan apabila terdapat pasangan melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini.

Tinjauan Metroplus tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.

Peniaga, Abd Ghani Kedel, 60, berkata dia sering melihat pasangan melakukan aksi memalukan itu tanpa berselindung.

“Mereka bercumbuan serta berpelukan tanpa malu dan bersalah apabila perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.“Malah ada pasangan yang asyik memadu kasih tidak menyedari perbuatan mereka ditonton segelintir ‘kaki skodeng’ atau pengintai di situ,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kaki skodeng di pantai berkenaan datang awal dan bersembunyi di dalam semak semata-mata untuk melihat aksi sumbang dan mengghairahkan pasangan terbabit.“Ini sikap remaja sekarang, tidak kira di mana saja termasuk dalam semak melepaskan rindu. Kalau tengah syok memadu kasih, tiba-tiba kena patuk ular baru tahu.

“Saya kesal dengan situasi ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjatuhkan imej pantai ini,” katanya.

Sementara itu, imam Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaluddin, berkata ibu bapa perlu berperanan bagi mengelak anak mereka daripada terjebak masalah sosial.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pegawai Syarak negeri berkata, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana sikap remaja boleh berubah serta terpengaruh dengan rakan ketika di luar rumah.

“Namun, lebih kesalkan ada segelintir pasangan terbabit tidak mengira waktu untuk memadu kasih sama ada ketika solat Jumaat atau Maghrib.

“Justeru saya nasihatkan mereka menghormati perasaan orang lain dan bertaubat serta menghindari melakukan perkara maksiat,” katanya.-HARIAN METRO-

 *PENAFIAN:Gambar hanya sekadar hiasan* 

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...