Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 29 April 2011

SEMAKIN DIUBATI SEMAKIN BERKUDIS

Semakin diubati semakin berkudis,apakah ubat yang diberikan tidak berkesan atau sipesakit tidak memakan ubatnya,sejauh mana kebenaran sama-sama la kita fikir.Gejala pembuangan bayi nampaknya tiada penghujungnya makin dibenteras semakin bertambah,semua golongan harus duduk semeja mencari jalan
penyelesaian tanpa mengira fahaman parti politik, hendak mengelakkan nyamuk bukan dengan guna kelambu tapi kena cari punca mengapa begitu banyak,dimanakah puncanya dan tentulah dari tempat pembiakkannya seperti air yang bertakung.Berita pembuangan bayi selalu keluar kat dalam surat khabar dan yang terbaru ditemui dibawah pokok..
baca keratan akbar Harian Metro hari ini(28/04/2011).....



GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.
Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.

Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.


Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.


“Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.

Menurutnya, bayi lelaki yang masih belum diketahui bangsanya itu k dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.Katanya, pihaknya masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkannya di kawasan berkenaan.


Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...