Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 23 April 2011

BUKAN CERITA KEDAI KOPI

Ini bukan cerita kedai kopi atau tentang gossip artis atau soseh-soseh,ini cerita tentang kita..cerita tentang anak-anak kita,cerita tentang kehidupan kita manusia.Adakalanya cerita kedai kopi itu lebih baik dari cerita
kat tv atau majalah hiburan takpun surat khabar,cerita kat kedai kopi tak ada iklan manusia yang menampakkan susuk badan,cerita kat kedai kopi tak macam kat majalah hiburan yang ada artis beragama islam yang hampir telanjang,begitu juga surat khabar ada keputusan TOTO yang haram.

Ini kisah tentang wahyu,bagaimana nabi Mohammad(S.A.W)  nabi yang akhir zaman telah menerima wahyu dari Allah Subhanahu wata'ala dan diberitahu kepada umat islam seisi alam.Al-qur'an adalah mukjizat nabi Mohammad(S.A.W) yang mengandungi segala macam untuk dijadikan rujukan bagi seluruh umat manusia.Topik yang nak diutarakan adalah tentang tanggung-jawab orang islam terhadap orang bukan islam,tanggung-jawab terhadap anak-anak atau orang dibawah jagaan dan yang paling penting kita terhadap Al-qur'an.Baca,faham dan praktikan apa yang dibaca,hayati isi kandungannya dan itu adalah sebaik-baik pedoman terhindar dari kesesatan.
 

Kita dengar kisah ini dahulu,kisah tentang dua orang sahabat,seorang islam dan seorang lagi bukan islam.Mereka berdua berkawan baik sejak dari kecil,bermain bersama-sama,makan pun sama-sama(makan kat rumah sahabat yang beragama islam).Setelah besar maka kedua-duanya membawa hala-tuju masing-masing.Maka diringkaskan cerita setelah balik ke malaysia yakni sahabat yang bukan beragama islam itu tadi mencari kawan lama yang pernah bermain bersama-sama sejak kecil,maka apabila bersua muka dengan sahabatnya yang beragama islam itu maka perkataan pertama yang diucapkan adalah"mengapa kau tak pernah ceritakan padaku tentang kehebatan islam..mengapa? aku merantau jauh dan aku temui tentang kehebatan islam kat negara orang...kat U.S...kau telah gagal menjadi seorang islam yang sebenarnya,kalau aku mati dalam keadaan kafir maka aku akan dakwa engkau"begitulah katanya dengan nada yang marah bercampur kesal.Semua ini terkandung dalam Al-qur'an, cuma kita  yang malas membacanya.

Begitulah kehebatan Al-qur'an,tetapi sayang kita orang islam semakin hari semakin jauh dengan Al-qur'an macamana kita hendak menjumpai tentang perkara diatas(cerita).Manusia hari ini telah meminggirkan Al-qur'an.Manusia hari ini lebih gemar kepada ilmu duniami,ilmu akademik.Takada salahnya menuntut ilmu duniawi tapi seimbangkan dengan ilmu agama.Betapa berjayanya pihak British memecahkan tradisi cara penghidupan masyarakat islam terdahulu,dulu kita boleh lihat anak-anak orang islam berlumba-lumba mencari ilmu agama,mengaji Al-qur'an tapi, bukan untuk mencari makan(cari pangkat atau kerja) tapi kerana tuntutan islam dan lihatlah hari ini kemana hilangnya.Sekarang sekolah telah dipanjangkan masanya dari 7:45 hingga 4:45 kerana ada kelas KAFA.Masa untuk berehat,mengaji Al-quran sudah tiada,kalau dahulu aku luangkan masa selepas sembahyang zohor untuk mengajar anak-anak mengaji qur'an,tapi sekarang masa dah berubah.Bila malam anak-anak nak siapkan kerja sekolah,nak makan dan terus tidur,nampak gayanya sistem penjajahan barat belum berakhir kat negara kita segala tindak-tanduk kehidupan dari acuan barat.Kita boleh lihat gaya hidup orang islam semakin membimbangkan,makanan ala barat seperti Mc Donald,.Kfc dan banyak lagi,cara berpakaian dan cara kehidupan suami isteri serba kebaratan.

Begini lah kalau dah tinggalkan Al-qur'an sebagai pedoman hidup,"hiburan ditatang Al-qur'an dibuang".Manusia jadi susah kalau ikut panduan Al-qur'an,mereka tidak boleh berzina,berjudi,minum arak,membuat kezaliman,pecah amanah  dan sebagainya,seolah-olah Al-qur'an adalah batu penghalang.Begitulah hebatnya manusia hari ini,disinilah sepatutnya menjadi tugas pemerintah atau sebuah kerajaan untuk memastikan rakyat atau orang bawahan mengikut lunas-lunas dan syariat islam dan sememangnya menjadi tanggung-jawab yang wajib baginya.

Ini lagi kisah untuk renungan  bersama.Seorang wanita telah melalui sebuah lorong berseorangan,di lorong
tersebut ada seorang lelaki yang rupanya amat menakutkan,lagaknya seperti samseng atau orang jahat.
Perempuan itu meneruskan perjalanan nya tanpa diganggu oleh lelaki tersebut ia merasa hairan.Bila kerumah ia terkejut ada satu berita keluar kat tv,seorang wanita telah dirogol disebuah lorong yang telah dilaluinya,pihak polis telah menyiarkan gambar perogol itu,sekali lagi dia terkejut lelaki itu ialah orang yang ditemui di lorong tersebut.Dia bergegas kebalai Polis untuk membantu dan memberi maklumat tentang lelaki tersebut.Polis berjaya menangkap penjenayah tersebut,wanita itu bertanya mengapa ia tidak dirogol terlebih dulu kerana ia juga melalui lorong tersebut awal dari wanita yang dirogolnya,lelaki itu berkata ia tidak berani kerana ada dua orang lelaki menemani wanita itu.Perempuan itu kehairanan bila masa ada dua lelaki menemaninya.Itu lah hebatnya orang yang menutup aurat,di lindungi oleh Allah kerana sifatnya yang berusaha,
yakni menutup aurat dan setelah itu berserah kepada Allah.Orang yang selalu membaca Al-qur'an dan tahu makna atau tafsirannya lalu diamalkan dalam kehidupan.Ada orang mengajar Al-qur'an tapi kehidupannya lintang-pukang...apa nak hairan,baca sahaja tapi tak tahu makna dan bagaimana nak mengamalkan,maka tidak mustahil kalau ada orang yang bergelar ulama tapi menyembunyikan hukum-hakam kerana wang.Itulah ulamak palsu.Bukan setakat telur palsu dan kini ada juga beras palsu.itu tak sehebat mana,orang selalu melatah kalau ada benda yang palsu tapi tidak pula kalau ada kes ulamak bisu dan tentunya ulamak palsu.

Inilah penyebab manusia menjadi palsu...duit adalah segala-galanya,malah ada orang bertuhankan duit.Duit boleh buat apa saja,duit boleh beli manusia,menebus dosa dan kerana duit juga manusia sanggup jual diri,agama dan negara.Itulah besarnya kuasa duit bagi orang yang tak ada pedoman,apakah pedomanya? dan tentulah Al-qur'an dan hadis kerana ia diturunkan untuk menjadi penyelamat kepada umat manusia.

Antara tujuan Al-qur'an diturunkan:

Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan menghadapinya.

Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari reziki.

Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi reziki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, reziki yang murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat.

Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10)

Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala.

Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107)

Manusia hari ini sudah jauh terpesong,manusia hari ini terlalu bangga dengan pangkat dan kekayaan.Hari ini kalau ada anak-anak yang tahu membaca Al-quran tidak lagi menjadi kebanggaan bagi ibu bapa kerana agama tidak boleh memberi kesenangan berbanding ilmu akademik,kita selalu berpesan kepada anak kita supaya rajin belajar,bila besar boleh jadi orang yang berjaya,berharta dan disanjung oleh masyarakat.Tapi apalah erti sebuah kejayaan kalau tidak berilmu agama.Manusia akan mudah ditipu dan lemas dengan harta kekayaan,kita boleh lihat hari ini orang yang berpangkat besar,bergaji besar tapi masih idak cukup dengan apa yang ada,mereka cari dari sumber yang haram seperti menipu,pecah amanah dan bermacam-macam lagi.Mereka tak takut pada dosa kerana mereka tak tahu soal dosa dan pahala sebab mereka buta...buta agama.

Hari ini ramai  yang bercakap pasal islam tapi sejauh manakah penghayatannya,agama itu bukan sekadar ditulis di atas kertas ia perlu dipelajari dan di hayati melalui perbuatan,apa guna tahu bercakap tapi tidak dibuat.seumpama ada senapang tetapi tidak boleh menembak, kalau menembak pun dengan mulut bukan dengan peluru...bang!...bang!..macam filem P.Ramlee Nasib Labu-Labi.... sekian.Wasallam.
 Jadi lah seperti ubi yang tertutup rapat,tak seperti kek coklat yang lazat  tapi diharungi lalat.....

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...